in , ,

Datuk Hans Isaac Tak Kisah Dikritik

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac menyatakan dia mampu mengatasi segala tekanan dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya semenjak dilantik tujuh bulan lalu.

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac tidak kisah berdepan kritikan konon tidak melihat isu industri hiburan dalam konteks luas apabila mengumumkan perkara kecil yang dianggap memberi manfaat kepada kelompok tertentu sahaja. Hans berkata, sebagai penggiat seni, dia faham perasaan rakan seperjuangan yang mahu melihat perubahan. Namun, tambahnya, setiap penyelesaian masalah atau isu memerlukan masa mengikut situasi, bukannya secara drastik.

Hans berkata, sepanjang memegang jawatan tersebut dia sudah lali dengan kritikan, namun berharap orang dalam industri memberikan sokongan agar pihaknya dapat melakukan kerja dengan sebaik mungkin.

“Setiap hari kami (Finas) ambli langkah untuk membantu industri. Kami bekerja tujuh hari seminggu, takkan kami nak hebah-hebahkan pada semua orang.

Bila kita buat benda bagus, tiada orang nak berterima kasih dan mereka diam sahaja.

“Bila kita buat salah, pantas orang nak kritik. Dalam industri ini, kita kena ‘trial and error’.

Kita kena mencuba, kadang-kadang jadi, kadang-kadang sebaliknya. Itu saya faham dan disebabkan itu saya berani pegang jawatan ini sebab yakin boleh membantu.

Setakat ini memang saya boleh ‘handle’ segala tekanan yang diberikan kepada saya.

“Saya cuma nak bertanya, ada tak orang dalam industri yang berterima kasih terhadap kami ini yang dah buat kerja. Sepanjang tujuh bulan dalam Finas, tak pernah lagi ada orang industri yang datang berjumpa saya dan ucapkan terima kasih. Sedangkan apabila waktu nak kritik, laju sahaja mereka. Pesanan saya untuk orang industri, bantu kami untuk bantu anda,”

– Hans Isaac

Hans ditemui pada majlis pelancaran program Stand Up Comedy Otai yang berlangsung di The Love, Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam.

Nama Hans baru-baru ini menjadi bualan hangat apabila pihaknya mengeluarkan beberapa saranan agar penerbit dilarang menggunakan pelakon muda disolek untuk watak tua bagi memberi peluang kepada pelakon veteran.

Mengulas mengenai perkara itu, Hans berkata pihaknya hanya memberikan saranan, namun semua keputusan adalah terpulang kepada pihak stesen penyiar dan penerbit.

Hans berkata, sebagai penggiat seni, dia faham perasaan rakan seperjuangan yang mahu melihat perubahan. Namun, tambahnya, setiap penyelesaian masalah atau isu memerlukan masa mengikut situasi, bukannya secara drastik.

“Banyak benda kita tak boleh buat dalam tempoh satu malam. Adakah isu mekap tidak penting? Kami memang ada berpuluh isu besar seperti dana perfileman, hak cipta, rebat cukai, kadar bayaran drama dan banyak lagi.

“Tetapi perkara besar ambil masa panjang. Macam isu mekap, mungkin orang nampak hanya beri manfaat kepada golongan itu sahaja.

“Kita selesaikan satu persatu… Selepas ini, siapa tahu ada perkara lain untuk kelompok pengarah dan penerbit pula. Begitu juga dengan pekerja seni lain,” 

“Saya tahu Finas tiada ada hak untuk perkara itu kerana ia adalah urusan di antara stesen penyiar dengan pihak penerbit.

Kami hanya beri saranan sebab sebelum ini menerusi pertemuan dengan pelakon-pelakon veteran, kami ada beri cadangan untuk pihak penerbit berikan beberapa peratus slot untuk pelakon-pelakon senior ini dalam drama-drama arahan mereka untuk tempoh setahun.

Dalam dua peratus macam itu sahaja saranan kami, itu pun orang nak persoalkan.

“Bila saya beri saranan sebegitu, penerbit ‘serang’ saya, tetapi bila stesen penyiar cakap mereka bersetuju dengan saranan kami, mereka (penerbit) diam sebab mereka ada kontrak dengan stesen penyiar. Kalau Finas, mereka akan bantai.

“Kami cuba untuk berikan saranan dan cadangan untuk mencuba benda-benda berbeza untuk tahun hadapan.

Bagi peluang untuk kita cuba benda yang lain sebab setiap tahun selama 27 tahun saya dalam industri, struktur Finas sama sejak dahulu, jadi niat kami hanya untuk cuba benda-benda yang lain,”

– Hans Isaac

“Saya hormati pendapat itu kerana saya duduk di tempat ini (Pengerusi FINAS) bukan untuk disukai atau sekadar buat kerja perhubungan awam (PR).

“Saya ditugaskan untuk membantu industri. Kalau hendak senyum 24 jam pun susah sebab saya dan ahli perbadanan lain sudah terlebih kerja, tujuh hari seminggu.

“Saya minta maaf kalau saya nampak sombong sebab sekarang saya sedang berusaha mendapatkan hasil dan berjuang untuk industri… Itu saya janji.

“Bagi saya, komen begitu datang dari individu yang tak kenal saya, bukan orang industri,” 

Jelasnya, dia berharap orang dalam industri memberi peluang kepada pengurusan Finas untuk mencuba benda-benda baharu yang luar daripada kebiasaan untuk menukar hala tuju industri demi kebaikan bersama.

Sumber: Kopi Planet

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Anda Patut Tahu Tentang Filem WIRA

Fascinating Festive & Holiday Seasons At Tony Roma’s