in

Dato’ Seri Vida Dedah Rahsia Terbesar Untuk Jadi Jutawan

Video yang tengah jadi viral sekarang ini ialah video di mana pengasas produk kecantikan popular Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau nama gelarannya Datuk Seri Vida telah mendedahkan rahsia kejayaan menjadi usahawan berjaya. Ramai yang terkejut dan tak percaya, pengasas produk dapat kumpul duit juta-juta dan dapat menaja program TV dengan jumlah wang yang sangat banyak. Tapi itulah hakikatnya, sesiapa yang berusaha, dia akan berjaya.

Untitled

Ini pendedahan, rahsia kejayaannya:

“Saya amalkan solat hajat 10 kali sehari sebelum dan selepas solat fardu selain menunaikan solat sunat Dhuha setiap hari agar perjalanan hidup saya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.

“Alhamdulillah sejak berniaga saya tidak pernah gagal untuk melaksanakan kewajipan ini meskipun kehidupan saya sudah senang dan perniagaan pula semakin maju,”

“Amalan ini saya buat dari kecil selain bangun malam untuk menunaikan solat sunat dan berdoa malah saya sentiasa berusaha untuk tidak mengabaikan kewajipan ini agar tidak lalai dan terleka.

“Saya sebenarnya bimbang jika perkongsian saya ini dianggap sebagai menunjuk-nunjuk sehingga menimbulkan riak tetapi saya memandang ia dari sudut positif dan berharap semua ini menjadi ikutan,”

Datuk Vida kata, sejak kecil dia sudah diajar untuk mengamalkan bacaan zikir dan selawat dalam kehidupan seharian selain sentiasa berdoa memohon agar diampun dosa tanpa mengira waktu.

Terbaru, Dato Seri Vida berhasrat untuk menaja pasukan bola sepak negeri Kelantan.

Semoga dapat jadi pengajaran buat orang ramai untuk berjaya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Izreen Azminda Terancam Gara-Gara Che Ta Buka Restoran?

Adik Amira Juara Konsert Akhir Ceria All Stars