in

Dato’ Fazley Yaakob Sebagai Duta Percutian ASTRA

Sebuah agensi pelancongan tempatan, Aspire Travel Sdn. Bhd. (ASTRA) secara rasminya telah melantik Pemenang Masterchef Selebriti Malaysia, Dato’ Fazley Yaakob sebagai Duta Percutian ASTRA. Pengumuman ini telah dibuat dalam sebuah majlis eksklusif pada 7 Oktober 2015 (Rabu) yang lalu, bertempat di SukaSucre Bistro yang juga milik chef selebriti tersebut.

Dato' Fazley Yaakob sebagai Duta Percutian ASTRA

Turut hadir ke majlis adalah kesemua Ahli Lembaga Pengarah ASTRA, iaitu Dato’ Mohamad Azmi Ibrahim, Datin Asparila Yaacob dan Datin Noriza Mohd Noor; Pengerusi Eksekutif Kumpulan SukaSucre, Datuk Yaakob Mohammad serta beberapa orang wakil kedutaan daripada negara Timur Tengah.

ASTRA yang telah beroperasi selama lebih 4 tahun dalam industri pelancongan menawarkan pelbagai pakej percutian menarik di dalam dan luar negara, di samping beberapa khidmat sokongan lain termasuklah tempahan tiket penerbangan dan transportasi, tempahan penginapan, dan pengurusan visa pelancongan.

Sebagai sebuah agensi pelancongan yang kompetatif, pihak ASTRA menyedari bahawa mereka perlu sentiasa menawarkan produk percutian yang menarik dan berbeza dari pasaran semasa, disamping perlu menyesuaikan produk-produk tersebut mengikut keperluan kumpulan pengembara atau pelancong yang berlainan. Justeru, ASTRA tidak putus mencari peluang untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha mencipta produk pelancongan yang unik serta memuaskan hati pelanggan.

Pelantikan Chef Selebriti, Dato’ Fazley Yaakob sebagai Duta Percutian ASTRA merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh ASTRA dalam usaha menyampaikan produk pelancongan yang unik kepada para pelancong. Selain imej yang bersih, pihak ASTRA tertawan dengan sikap beliau yang profesional, kreatif, suka merendah diri dan berkarisma. Kejayaan beliau dalam pelbagai bidang semestinya amat membanggakan dan menjadi idola serta pembakar semangat para peminat dari pelbagai generasi. Ikatan yang terjalin antara ASTRA dan Chef Selebriti ini tidak hanya terhad sebagai Duta, tetapi lebih kepada gabungan kerjasama kreatif antara kedua-dua pihak. Sebagai simbolik dan inisiasi kepada pelantikan Dato’ Fazley Yaakob sebagai Duta Pelancongan ASTRA, pihak pengurusan ASTRA dalam majlis tersebut telah menyerahkan tiket pergi dan balik ke Paris, Perancis kepada Dato’ Fazley Yaakob untuk mengikuti kursus kulinari khas di sana, selain menyerahkan bagasi Duta Pelancongan ASTRA kepada beliau. Sebelum ini, ASTRA juga pernah menaja tiket penerbangan Dato’ Fazley Yaakob dan kru penggambaran rancangan Ketuhar Antarabangsa yang akan bersiaran pada bulan Disember 2015 nanti.

Berunsurkan tema “bercuti sambil makan-makan”, ASTRA bersama-sama Dato’ Fazley Yaakob akan menawarkan pakej percutian istimewa di dalam dan luar negara, di mana kesemua peserta pakej percutian ini akan berpeluang menikmati keindahan pelbagai lokasi percutian yang menarik bersama beliau. Lebih istimewa apabila Dato’ Fazley Yaakob akan turut menyediakan dan menghidangkan makan malam di restoran-restoran terpilih buat peserta yang mengikuti pakej percutian bersama chef selebriti ini. Selain itu, eksklusif buat pelancong yang mengikuti pakej penuh “Jelajah Kuala Lumpur bersama ASTRA” akan berpeluang menikmati pelbagai juadah enak di SukaSucre Bistro.

Pengarah Operasi ASTRA, iaitu Datin Asparila Yaacob, mewakili seluruh Ahli Lembaga ASTRA juga turut mengumumkan pengambil alihan pengurusan ASTRA oleh dua pengurus muda, iaitu Anis Afiqah Dato’ Mohamad Azmi sebagai Pengurus Jualan & Pemasaran ASTRA, dan Siti Nursyahirah Dato’ Mustafa sebagai Pengurus Pelancongan & Pembangunan Produk ASTRA. Pelantikan kedua-dua pengurus muda ini diharapkan dapat memberi nafas baru kepada ASTRA, selain dapat terus mencipta produk-produk percutian yang berbeza daripada apa yang ada di pasaran. Dengan gandingan pengurusan baharu ASTRA bersama-sama Chef Selebriti ini, diharapkan ASTRA dapat melangkah lebih jauh dalam industri pelancongan dan seterusnya sama-sama mengangkat industri pelancongan dan kulinari di Malaysia ke tahap yang lebih membanggakan.

Tabung amal ini diwujudkan atas kesedaran seluruh warga ASTRA bahawa setiap kegembiraan perlulah dikongsi bersama, terutamanya bagi insan-insan yang kurang bernasib baik. Pergerakan aktiviti amal ASTRA akan dikongsi dalam Facebook, Instagram dan Twitter @ASTRAHOLIDAYS.

Dato' Fazley Yaakob sebagai Duta Percutian ASTRA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Embarks On Initiative To Promote Sustainability

Tarikan Penggemar Skuba Dalam 13 Episod Yok Skuba!