in

Dato’ Sri Dr. Ng Yen Yen Rasmi 8TV ON THE STREET

YB DATO’ SRI DR. NG YEN YEN rasmikan 8TV ON THE STREET Di Raub, Pahang

8TV akan berkunjung ke tempat anda! Setelah mendapat sambutan yang cukup hebat di di pusat membeli-belah AEON Bukit Tinggi pada 28 Mei 2011 yang lepas, ‘8TV on the Street’ akan ke lokasi seterusnya iaitu Dataran Raub, Pahang pada 18 Jun 2011 jam 4.00 petang hingga 9.30 malam. Karnival ini turut dimeriahkan dengan tetamu kehormat YB Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia.

OnTheStreet @Klang-12

‘8TV on the Street’ merupakan sebuah karnival anjuran 8TV yang diadakan untuk memberi peluang kepada penonton-penonton beramah-mesra dengan personaliti-personaliti 8TV. Karnival ini juga merupakan satu tanda penghargaan 8TV untuk penonton-penonton yang tidak henti menyokong siaran 8TV selain sebagai langkah mempromosikan stesen, produk dan jenama 8TV.

Selain itu, terdapat juga bazar-bazar yang menjual pelbagai barangan kepada pengunjung tidak ketinggalan aktiviti-aktiviti sihat yang menghiburkan! Antara aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung ialah pesta makanan, persembahan magik, persembahan tarian jalanan, sukaneka dan banyak lagi! Apa yang lebih menarik, satu perarakan akan berlangsung yang menampilkan tarian 1Malaysia, Tarian Singa dan Naga yang pasti memeriahkan lagi akrnival ini.

“8TV cukup berbesar hati dan mengalu-alukan kedatangan tetamu kehormat YB Dato’ Sri Dr Ng Yen Yen menyertai karnival 8TV On the Street di Dataran Raub, Pahang ini.” ujar Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7.

Airin menambah “Karnival ini merupakan satu kejayaan untuk 8TV dan kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan ‘8TV On the Street’ ini.”

Lebih lapan ribu pengunjung turut serta dalam karnival ‘8TV On the Street’ dan masing-masing kelihatan teruja untuk bertemu dengan selebriti kesayangan mereka. Jangan ketinggalan untuk menyertai ‘8TV On the Street’ di lokasi-lokasi berikut:

1 Pahang 18 Jun 2011 Dataran Raub, Pahang Tropical Fruit Fest
2 Perak 9 Julai 2011 Dataran Kampar, Ipoh Recycle
3 Penang 29 Oktober 2011 Auto City, Penang Halloween
4 Johor 24 Disember 2011 Batu Pahat Mall, Batu Pahat X-mas

Anda juga boleh menonton program-program kegemaran anda dengan melayari laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my atau m.tonton.com.my menerusi telefon bimbit anda. Selamat menonton!

On The Street_logo

OnTheStreet @Klang-13

OnTheStreet @Klang-08

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Cinta Seteguh Kinabalu

Sekitar Malam Bulan Sorokkan Uzair Zain