in

Datin Alyah Tiada Niat Untuk Promosi LGBT

PENYANYI popular, Datin Alyah yang juga penerbit Parodi Malaya di saluran YouTube menafikan dakwaan program itu mempromosikan golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Berita ini timbul susulan penampilan pelakon kelahiran Singapura, Roslan Shah yang melakonkan watak Mak Kundur menerusi episod Bawang Putih Bawang Merah.

Alyah yang juga penyanyi lagu Meluruh berkata, perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu.

“Mana ada promosi LGBT. Dia (Roslan) masih berpakaian dan berpenampilan lelaki pada waktu biasa. Lainlah kalau saya menggunakan ‘individu’ sebegitu, baru orang boleh kata saya promosi LGBT.

“Apa yang ditampilkan hanya lakonan semata-mata sama seperti yang dibuat orang lain dalam sitkom atau pentas pertandingan lawak. Penampilan dia sekadar menjayakan watak diberikan.

“Lagi pula, hanya tiga episod saja dia melakonkan watak perempuan. Selebihnya watak lelaki. Jadi, bagi saya perkara ini tidak wajar dijadikan isu,” katanya kepada Harian Metro.

Alyah turut menafikan tindakannya itu sebagai cara untuk mencipta kontroversi sekali gus melonjakkan lagi populariti program itu.

“Saya bukan sengaja nak buat kontroversi melalui watak dan lakonan Roslan. Tidak terlintas pun di fikiran.

“Bagi saya, Parodi Malaya ini diterbitkan sekadar untuk hiburan dan mengembalikan nostalgia cerita dongeng dahulu kala. Jangan pandang ia sebagai sesuatu yang negatif, sebaliknya sebagai seni dan lakonan semata.

“Dalam masa sama, saya mahu generasi muda mengetahui kita pernah ada kisah dongeng sebegini yang kian dilupakan. Cuma bezanya, saya persembahkan dalam bentuk parodi komedi,” katanya.

Parodi Malaya yang diterbitkan lima episod ditayangkan di saluran YouTube Like Music Entertainment.

Dua episod sudah ditayangkan iaitu Bawang Putih Bawang Merah dan Tanggang Anakku Tanggang.

Selain menjadi penerbit, Alyah turut berlakon dalam kesemua episod.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rhys Williams Hos Travelog Kembara Rimba Tropika di TV1

Santai Hujung Minggu, JAKARTA LOVE STORY di TV Okey