in

Danial Cheur Hamasiah Lanjut Pelajaran Di Sekolah Seni Malaysia

Juara program Idola Kecil musim keenam Danial mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya ke tingkatan satu di Sekolah Seni Malaysia di Shah Alam, dekat sini bermula Khamis lalu. Menurut Danial atau nama sebenarnya Danial Cheur Hamasiah, 13, berkata, dia memilih sekolah tersebut kerana mahu mendalami bidang seni secara menyeluruh sebagai persediaannya untuk bergelar penyanyi pada masa hadapan.

Danial Cheur Hamasiah

“Sejak masuk Idola Kecil lagi saya sudah berhasrat untuk memasuki sekolah itu semata-mata mahu mendalami bidang seni yang cukup saya minati sejak kecil. Saya cukup teruja apabila diberitahu diterima masuk ke sekolah berkenaan.”

Danial yang menyanyikan lagu When I Was Your Man dan sebuah lagu baharu, Bangkit pada pertandingan akhir yang di adakan di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam pada Sabtu lalu berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM15,000 dan trofi.

Sekolah Seni Malaysia merupakan sebuah sekolah menengah kelolaan Kementerian Pelajaran bagi mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang seni seperti seni visual, lakonan dan juga muzik Dalam pada itu, Danial berkata, kemasukannya ke sekolah berasrama penuh itu adalah menyebabkan dia terpaksa berjauhan dengan keluarganya yang menetap di Tawau, Sabah. Bagaimanapun kata Danial, dia sudah bersedia untuk berdikari walaupun mengakui berasa sedih terpaksa berpisah dengan ibu-bapanya.

“Saya anak bongsu dalam keluarga dan cukup rapat dengan ibu dan bapa jadi pasti akan sedih terpaksa berjauhan dengan mereka. Tetapi ini adalah peluang untuk saya berdikari dan mempelajari bidang seni untuk masa depan saya.”

Sementara itu, Danial berkata, dia akan mempertimbangkan sekiranya ada pihak yang ingin mengundangnya mengadakan persembahan atau pun merakamkan album selepas ini. Jelas Daniel, dia yakin dapat membahagikan masa dengan baik dan akan mengutamakan pelajaran.

“Ini adalah impian saya sejak kecil dan peluang mengadakan persembahan atau merakamkan album akan saya pertimbangkan namun pelajaran akan menjadi keutamaan saya,” Sumber Mstar Online

Semoga Danial terus berjaya ya dik! Study hard okay. Nanti besar boleh jadi pelapis Anuar Zain, eh?!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Keterujaan Budiey Menanti Filem The Amazing Spider-Man 2

FIFA World Cup™ Trophy Tour by Coca-Cola in Astro