in ,

Da’i Syed Kembali Aktif Di Media Sosial, Peminat Doakan Semoga Terus Kuat

Nama pendakwah muda iaitu Da’i Syed pernah menjadi bualan hangat netizen selepas dia didakwa melakukan perbuatan mencabul dan merogol beberapa orang gadis. Meskipun begitu, Da’i Syed telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Namun, setelah sekian lama mendiamkan diri, kini Da’i Syed telah kembali aktif di laman Instagram miliknya.

Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful telah memuatnaik satu foto di Instagram dengan kapsyen ‘Bismillah , Salam’aleikum. Hi . Im back’.

Da'i Syed Kembali Aktif Di Media Sosial, Peminat Doakan  Semoga Terus Kuat

Selain itu, pendakwah muda ini juga sempat berkongsi satu video pendek di Instastory dengan meluahkan rasa berterima kasih kepada semua individu yang banyak memberi sokongan, dorongan dan kata-kata semangat buatnya. Malah, tidak ketinggalan bagi mereka yang tidak putus-putus menitipkan doa buat dirinya itu.

Da'i Syed Kembali Aktif Di Media Sosial, Peminat Doakan  Semoga Terus Kuat

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mendoakan agar urusan pendakwah muda ini dipermudahkan dan menjadikan perkara lepas sebagai pengajaran dalam hidup.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tanya Soalan Tak Masuk Akal, Sarah Hildebrand Tak Puas Hati Dengan Pengacara MeleTOP?

Bantu Keluarga Semasa Menghadapi PKP, Achey Akui Dimurahkan Rezeki