in , ,

Da’i Syed Jumpa Hafiz Hamidun Sebelum Ditahan, Sempat Beri Nasihat, Hubungi Peguam

PENYANYI Hafiz Hamidun mendedahkan dia ada bertemu dengan pendakwah muda, Da’i Syed pada malam sebelum penceramah selebriti itu ditahan polis berhubung dakwaan rogol seorang gadis.

Penyanyi Hafiz Hamidun mendedahkan bahawa, Da’i Syed sempat bertemu dengannya pada malam sebelum dia ditahan. Menurut Hafiz, pertemuannya dengan Syed untuk berbincang dan memberi nasihat tentang permasalahan yang dilaluinya.

Menurut Hafiz atau nama sebenar Mohammad Hafiz Hamidun, 36, pertemuannya itu bagi mendapatkan pandangan dan nasihat serta menghulurkan bantuan guaman sewajarnya kepada selebriti itu.

Da'i Syed Jumpa Hafiz Hamidun Sebelum Ditahan, Sempat Beri Nasihat, Hubungi Peguam

“Malam sebelum dia ditahan, kami ada berjumpa di kedai makan kerana pejabat saya berdekatan dengan rumahnya di Damansara Perdana dan saya sekadar mendengar isunya yang dah tular di laman sosial.

“Tapi saya tak tahu nak nasihat macam mana, saya beri dia contact peguam dan rujuklah kepada yang lebih pakar apa yang patut dia lakukan… cuma saya ada beritahu Syed dia kena hadapi ini secara mental dan fizikal.

“Syed kena belajar daripada pengalaman ini sebab tak ada orang yang lalui benda ini, dia sendiri lalui situasi ini dan perlu berdepan ujian ini sendiri,” katanya kepada mStar.

Da'i Syed Jumpa Hafiz Hamidun Sebelum Ditahan, Sempat Beri Nasihat, Hubungi Peguam
Hafiz sempat bertemu Da’i Syed bagi memberikan nasihat dan pandangan.

Pada 26 November lalu, Syed ditahan selepas polis menerima laporan dakwaan rogol terhadapnya.

Pendakwah yang dicungkil bakat menerusi program realiti ini direman bermula Jumaat lalu dan disambung sehingga Ahad ini.

Sementara itu, Hafiz berkata dia sama sekali tidak menyokong tindakan tidak bermoral yang dilakukan pemuda berusia 25 tahun itu jika benar-benar didapati terbabit dengan jenayah tersebut.

Malah, perkongsiannya di Instagram itu bukanlah bertujuan untuk mengambil kesempatan untuk meraih perhatian netizen.

Perintah reman terhadap Da’i Syed dilanjutkan sehingga Ahad ini.

“Perkongsian saya itu bukan untuk meraih perhatian orang ramai. Saya menulis kerana dia kenalan saya, saya terpanggil berkongsi luahan hati itu kerana rasa simpati dan tersentuh apabila melihat videonya dengan tangan bergari.

“Kalau saya nak ambil kesempatan atas isu ini dah lama saya boleh buat, kejadian ini pun dah lima hari berlalu… baru sekarang saya kongsi kerana Syed itu kenalan saya.

“Simpati itu bukanlah bermakna saya menyebelahi dia, cuma sebagai orang saya kenal mestilah terdetik perasaan itu. Jika dia salah tetap salah! Cumanya untuk kes begini ada prosedur yang perlu dia ikuti,” ujarnya yang mengenali Da’i Syed sejak pendakwah itu menamatkan sebuah program televisyen pada tahun 2016.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, polis menerima tujuh laporan polis iaitu dua membabitkan Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol), tiga kes bagi Seksyen 354 Kanun Keseksaan (cabul) dan satu kes di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan (seks luar tabii).

Sementara itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Da’i Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail, 25, ditahan semula pada pagi Selasa selepas tempoh reman pertama berakhir pada 1 Disember.

Suspek ditahan reman selama lima hari lagi sehingga 6 Disember bagi membantu siasatan.

Peguam yang mewakili suspek iaitu Ahmad Amzar Ahmad Azlan memberitahu pihak media, Da’i Syed menafikan kesemua tuduhan yang dibuat ke atasnya.

*Sumber: mStar Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Netizen Kagum Flow Rap Cik B untuk Single Pertama TOLONGLAH Seakan Yonnyboii

Anugerah MeleTOP Era 2020 Diteruskan Mengikut SOP Pada 20 Disember Ini