in , ,

Dah Minta Tak Payah Post Gambar, Chong Wei Mengaku Tak Suka Menunjuk

Dah cakap dan minta kepada wakil masjid supaya tidak siarkan gambar beliau memberikan sumbangan di sosial media, ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengakui beliau tiada niat untuk menunjuk-nunjuk kegiatan amalnya membantu Muslim semasa berdepan dengan pandemik Covid-19.

Tiada niat menunjuk-nunjuk dan apa yang disumbangkan ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei adalah lebih kepada usaha bantu membantu atas nama kemanusiaan apatah lagi Malaysia sedang berdepan isu pandemik COVID-19.

Mengulas mengenainya, Chong Wei berkata, niatnya ingin membantu pihak terbabit walaupun berbeza agama dan budaya itu timbul selepas bertanyakan kepada rakan Melayu mengenai bantuan yang boleh disalurkan sebelum turut mendapat galakan.

Chong Wei Mengaku Tak Suka Menunjuk

“Saya tiada niat untuk sebarkan apa yang saya bantu sebab itu saya tidak tulis dalam media sosial apa yang saya lakukan.

“Malah saya sendiri terkejut apabila semalam ramai yang menghubungi saya bertanyakan hal itu selepas melihat gambar saya memberi sumbangan kepada masjid.

“Saya tidak menyangka perkara itu akan tersebar kerana saya sudah meminta kepada wakil masjid untuk tidak ‘post’ gambar saya memberi sumbangan,”

– Datuk Lee Chong Wei

Rata-rata ramai netizen memuji tindakan bekas pemain nombor satu dunia itu apabila beliau turun memberikan sumbangan kepada pihak masjid biarpun berlainan agama dan budaya.

Chong Wei Mengaku Tak Suka Menunjuk

Sudah Sumbangkan Kepada Tiga Buah Masjid

Malah Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur itu bukanlah masjid yang pertama menerima sumbangan daripada bekas jaguh perseorangan lelaki negara itu.

Kata Chong Wei, beliau sudah memberi sumbangan kepada tiga buah masjid dan kini merancang untuk terus menyumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

“Saya tiada niat apa-apa, memang saya mahu memberi sumbangan.

“Sebelum ini saya ada bertanyakan kepada rakan Melayu apa yang boleh saya bantu sebab Melayu dan Cina berlainan budaya.

“Jadi mereka galakkan saya memberi sumbangan, jadi saya belilah barang dan pilih masjid untuk berikan sumbangan. Saya cuma bantu apa yang boleh,”

– Lee Chong Wei

Tambah beliau lagi, masjid ini bukanlah masjid yang pertama beliau memberi sumbangan, namun beliau sudah memberi sumbangan kepada tiga buah masjid lain. Selain itu, beliau turut merancang untuk terus menyumbang kepada sesiapa yang memerlukan.

Idea menyumbang kepada masjid tercetus apabila beliau bertanya kepada rakan Melayu bagaimana cara untuk beliau menyumbang kepada bangsa Melayu yang berlainan agama dan budaya. Rata-rata rakan beliau memberi galakkan untuk memberi sumbngan kepada masjid.

Kelmarin tular di media sosial, Chef de Misson (CDM) negara ke Sukan Olimpik Tokyo itu menunjukkan teladan yang baik apabila memberi sumbangan kepada masjid.

Perkongsian itu di muat naik di akaun Facebook rasmi masjid itu yang turut disertakan tiga gambar Chong Wei menghulurkan sumbangan kepada wakil masjid.

Status itu turut dikongsi di akaun rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kebanyakan netizen memuji sikap Chong Wei dan berharap ia dicontohi oleh pihak lain.

Sumbangan bekas jaguh perseorangan badminton lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei kepada Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur semalam mendapat pujian pelbagai pihak.

Berita berkenaan yang disiarkan di Berita Harian Online mendapat lebih 1,300 komen dan dikongsi 2,100 warga media sosial yang menyokong penuh usaha berkenaan walaupun pemain legenda itu berlainan bangsa dan agama.

Mereka turut mengucapkan terima kasih atas usaha berkenaan manakala ramai mengharapkan Chong Wei akan memperoleh hidayah atas usaha murni itu.

“Alhamdulillah…Moga diberi hidayah oleh Allah, utk menjadi ummat nabi Muhammad saw..

Allah hu akbar…

“Dato lee chong wei yg berhati mulia..” kata seorang pelayar di laman Facebook berkenaan.

Selain itu usaha Chong Wei juga disifatkan sebagai menonjolkan sikap unik rakyat Malaysia di mata dunia dengan mereka sangat menghormati antara satu sama lain dan ia sudah sebati di jiwa masing-masing.

Semalam perkongsian itu dimuat naik di akaun Facebook rasmi masjid berkenaan yang turut disertakan tiga gambar Chong Wei menghulurkan sumbangan kepada wakil masjid.

“Terima kasih Datuk Lee Chong Wei atas sumbangan wang tunai dan kelengkapan Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala di kala suasana PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini.

“Terima kasih juga kepada Ustaz Khairul Anam, Pentadbiran Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan warga kariah Bukit Damansara menjadi penghubung kepada MAHSP.

“Semoga kebaikan yang sebenar-benarnya kebaikan milik kita bersama selama-lamanya. Amin,” tulis status di Facebook MAHSP.

Status itu turut dikongsi di akaun Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Chong Wei Mengaku Tak Suka Menunjuk

Warganet Doa Chong Wei Diberikan Hidayah

Meskipun berlainan agama, lagenda perseorangan badminton lelaki negara itu membuktikan ia bukan halangan apabila memberi sumbangan kepada Masjid.

Status itu turut dikongsi di akaun Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Rata-rata netizen memuji sikap Chong Wei itu, malah ada yang sampai mendoakan beliau diberikan hidayah dan berbakti seperti pendakwah popular Ebit Lew.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nordiana Nafi Lagu KESALAHAN TERINDAH Ada Kaitan dengan Kisah Peribadi

Powerbeats Pro Kini Ditawarkan Dalam Empat Warna Baharu Yang Menawan