in , ,

Dafi & Marsha Nobat Zarina Juara Idola Buah Hati 2 Fruitale

Dafi dan Marsha Menobatkan Zarina Sebagai Juara Idola Buah Hati 2 Fruitale Dengan Hadiah Wang Tunai RM5,000

Pertandingan Nyanyian Idola Buah Hati 2 Fruitale telah menutup tirainya dengan menobatkan Zarina Binti Shahrin dari Selangor sebagai pemenang tempat pertama. Pengumuman ini diadakan selepas kesemua sembilan peserta bersaing di peringkat akhir di kompleks beli belah Mydin Mall USJ baru-baru ini.

Peserta-peserta peringkat akhir mewakili bahagian masing-masing iaitu bahagian Lembah Klang, Pantai Timur dan juga bahagian Selatan. Mereka telah dipilih oleh juri yang juga penyanyi tanahair iaitu Dafi dan Marsha semasa ujibakat di bahagian masing-masing. Pemenang peringkat akhir Idola Buah hati 2 pula diadili berdasarkan bakat, persembahan dan kreativiti mereka diatas pentas.

idola_03

Kesemua pemenang hadiah utama Idola Buah Hati 2 bergambar kenangan bersama juri-juri di Mydin Mall USJ.

Finalis terbabit – Mohd Shariff Jaffren, Nur Syazwani bt Parun, Mohd Rashidi Mohamad Isa, Zaina bt Shahrin, Nur Syazwani bt Abu Zarin dan Syamsul Izzudin Alin, Saiful Anuar, Syazwan Shafiq dan Sash mempersembahkan bakat mereka dengan menyanyikan lagu menggunakan lirik ciptaan mereka tersendiri. Untuk menjadikan pertandingan ini lebih mencabar, peserta hendaklah menggunakan instrumental yang disediakan oleh pihak Fruitale sama ada dalam versi; pop, rock, hiphop, R&B dan juga raggae. Seterusnya peserta peringkat akhir juga hendaklah menyanyikan sebuah lagu pilihan mereka untuk menjadikan pertandingan peringkat akhir ini lebih meriah. Mereka bersaing untuk merebut hadiah wang tunai berjumlah lebih RM10,000 selain hamper rangkaian produk Fruitale.

Juri-juri bagi yang terlibat bagi peringkat akhir termasuklah Dafi dan Marsha sambil dibantu oleh Pengurus Kanan Produk (Divisyen Isirumah dan Penjagaan Diri) Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Angeline Sim bagi pihak Antabax dan Penolong Pengurus Mydin Usj, En. Shazali.

Zarina menjadi pilihan sebagi pemenang setelah berjaya memukau dihadapan juri dengan vokal dan gaya persembahan yang hebat. Persembahan peserta-peserta lain di atas pentas turut menggegarkan pasaraya Mydin dengan vokal yang mantap serta keunikan peserta dalam menyanyikan lirik lagu mereka sendiri.

“Saya berasa sungguh gembira dan sangat bersyukur atas kemenangan yang langsung tidak diduga ini. Pada mulanya saya langsung tiada keyakinan yang saya mampu menang tempat pertama memandangkan peserta-peserta semuanya hebat belaka dengan idea yang kreatif semasa menyanyikan lagu Fruitale. Dengan persediaan yang tak seberapa disebabkan sibuk dengan kerja mengajar di salah sebuah sekolah di Selangor, saya datang untuk final ini dan cuba untuk melakukan yang terbaik,” kata Zarina

“Hadiah wang tunai RM5000 tersebut saya akan gunakan untuk membantu meringankan beban keluarga lebih-lebih lagi ibu saya menghidap barah payudara peringkat ketiga. Mungkin dengan duit ini saya boleh sedikit sebanyak membantu untuk kos perubatan ibu saya. Sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai anak sulong untuk membantu keluarga,” tambah Zarina.

Tempat kedua menjadi milik Nur Syazwani binti Parun yang membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 manakala Mohd Rashidi mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunia RM1,000.

Menariknya Dafi dan Marsha juga turut akan mengadakan persembahan bagi memberi semangat kepada peserta-peserta dan pada masa yang sama peminat-peminat mereka juga bepeluang menyaksikan persembahan artis pujaan mereka.

“Kesemua peserta sememangnya mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian. Bakat mereka seolah-seolah setanding dengan penyanyi popular. Pertandingan seperti ini seharusnya diperbanyakkan lagi bagi mencari menca bakat-bakat terpendam,” kata Dafi.

“Saya sangat teruja dengan persembahan kesemua peserta lebih-lebih tiga pemenang teratas. Gaya persembahan mereka membuatkan saya berasa seolah-olah pertandingan bertaraf antarabangsa. Saya sungguh terhibur dari awal hingga akhir persembahan mereka,” kata Marsha.

Pengurus Kanan Produk (Divisyen Isirumah dan Penjagaan Diri) Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Angeline Sim, berkata Idola Buah Hati 2 tahun ini membuka lebih banyak peluang kepada peserta-peserta untuk mengetengahkan bakat mereka. Tahun ini sememangkan Fruitale menjanjikan suatu kelainan apabila pemenang-pemenang dari Lembah Klang, pantai timur dan bahagian selatan dibawa ke sini untuk bersaing di peringkat akhir.

“Idola buah hati 2 ternyata begitu sengit dimana peserta juga perlu mempromosikan video mereka menerusi ‘like’ di facebook dan markah juga diambil kira. Namun perkara itu tidak melemahkan semangat mereka apabila masing-,masing tampil dengan idea kreatif, ceria dan gaya persembahan yang menarik di peringkat akhir ini,”kata Cik Sim sambil berjenaka.

Menjadi Penyokong Setia Fruitale
Jadilah penyokong dan peminat Fruitale menerusi laman sosial Facebook untuk mendapat lebih banyak maklumat mengenai Fruitale, khasiat ekstrak buah-buahan serta menyertai pelbagai aktiviti menghiburkan serta acara khusus seperti Peraduan Idola Buah Hati 2. Anda turut boleh mendengar gubahan lagu pendek lima finalis pertandingan ini menerusi laman sosial http://www.facebook.com/Fruitale

idola_01

Zarina Shahrin, pemenang Idola Buah Hati 2 ketika membuat persembahan untuk Idola Buah Hati 2 Fruitale peringkat akhir.

idola_02

(dari kiri-kanan) Zarina, Marsha, Dafi dan Puan Angeline Sim(Pengurus Kanan Produk (Divisyen Isirumah dan Penjagaan Diri) Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd) ketika sesi penyerahan hadiah Idola Buah Hati 2 Fruitale.

Senarai Pemenang

1st Zarina Bt Shahrin RM5,000+ Produk Hamper worth RM100
2nd Nur Syazwani Bt Parun RM2,000+ Produk Hamper worth RM100
3rd Mohd Rashidi B Mohamad Isa RM1,000+ Produk Hamper worth RM100

Consolation Mohd Shariff B Jaffren Produk Hamper worth RM100
Consolation Nur Syazwani B Abu Zarin Produk Hamper worth RM100
Consolation Saiful Anuar B Haji Mohd Nordin Produk Hamper worth RM100
Consolation Sashvin Kumar Produk Hamper worth RM100
Consolation Syazwan Shafiq B Rozain Produk Hamper worth RM100
Consolation Syamsul Izzudin B Alin Produk Hamper worth RM100

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Jom Menonton Filem What’s Your Number?

I Heart You Single Pertama SMASH