in ,

Cristina Suzanne Selamat Nikah Dengan Jejaka Johor

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba kami ‘dikejutkan’ dengan berita gembira bahawa pelakon Cristina Suzanne sudah pun bernikah semalam (Sabtu)!

Cristina Suzanne Stockstill, 33, yang pernah dikenali sebagai Kris Cempaka semasa awal kemunculannya, telah berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram rasmi miliknya.

Cristina Suzanne Selamat Nikah Dengan Jejaka Johor

Cristina memuat naik gambarnya bersama-sama pasangan berpakaian nikah sambil menyertakan kapsyen ringkas dan bermakna, iaitu tarikh mereka diijab kabulkan.

Cristina Suzanne Selamat Nikah Dengan Jejaka Johor

Ruang komen di foto tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis antaranya Nadia Brian, Thanuja dan Deanna Yusoff.

Difahamkan, majlis berinai pasangan itu diadakan pada Jumaat lalu sebelum mereka dinikahkan pada keesokan harinya (Sabtu).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Munif Hijjaz Lancar Produk Kurma Madinah ALABBASI

Nama Shiva Shobitha Melonjak Selepas Berlakon Produksi Marvel GOTHAM