in

Covid-19: Simpati Nasib Peminat, Amyza Aznan Hulur Bantuan

Simpati dengan nasib peminat yang terjejas pendapatan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Amyza Aznan turut sama membantu untuk meringankan beban mereka. Menerusi Instagram, Amyza berkongsikan beberapa mesej dari peminat yang meminta bantuan daripadanya.

Lebih menyedihkan, ada diantara peminatnya menghantar mesej meminta bantuan kerana di dalam akaun bank hanya tinggal RM20 sahaja. Amyza turut memuat naik foto nombor akaun bank mereka yang meminta bantuan untuk sama-sama dibantu oleh pengikutnya yang mahu memberi sumbangan.

AMYZA AZNAN

Perkongsian pelakon itu mendapat perhatian peminatnya yang lain yang turut bersimpati dengan nasib mereka. Malah ada salah seorang penerima bantuannya mengucapkan terima kasih di atas sumbangan serta prihatin dari pengikut Amyza yang menderma sebelum ini.

AMYZA AZNAN

Meskipun sedang terpalit kontroversi panas, namun Amyza tetap tampil membantu mereka yang memerlukan. Apa pun diharap Amyza teruskan niat murni beliau untuk terus menabur bakti kepada masyarakat.

Sumber: Astro Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

‘Angelina Jolie’ Disahkan Positif Wabak Covid-19 Ketika dalam Tahanan

Lukisan CAD iPhone 12 Pro Max Menunjukkan Perubahan Rekaan Yang Besar