in , ,

COVID-19: Lady Gaga Tangguh Lancar Album Baru CHROMATICA

Penyanyi Lady Gaga mengambil keputusan untuk menangguhkan pelancaran album terbaharunya, Chromatica berikutan penularan wabak pandemik Coronavirus (Covid-19) yang melanda seluruh dunia pada ketika ini. 

Menurut Gaga atau nama sebenarnya, Stefani Joanne Angelina Germanotta, 34, dia berbuat demikian kerana ia bukanlah masa terbaik untuknya melancarkan album di sebalik kesulitan yang dialami seluruh penduduk dunia.

“Pertama sekali, saya harap semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja dan mengamalkan penjarakkan sosial.

Saya sentiasa memikirkan anda semua. 

“Berikutan wabak ini, saya telah mengambil keputusan untuk menangguhkan pelancaran album baharu saya, Chromatica.

Saya akan umumkan tarikh baharunya di masa akan datang. 

“Saya rasa ini bukanlah masa yang tepat untuk saya keluarkan album di kala dunia sedang berusaha untuk melawan penularan Covid-19,”

– Lady Gaga

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DIDI FRIENDS

JOM LAWAN CORONAVIRUS Didi & Friends Tunjuk Tiga Langkah Mudah Cegah Jangkitan Virus Covid-19

Dokumentari 59 Tahun Orkestra RTM Nota Dari Hati