in ,

COVID-19: Calitan Di Dubur Didakwa Lebih Tepat

China memulakan ujian calitan di dubur untuk menguji mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi, lapor stesen televisyen negeri.

Doktor mengatakan bahawa prosedur itu lebih berkesan untuk mengesan virus berkenaan.

Pegawai kesihatan melakukan ujian calitan dubur dalam kalangan penduduk di kawasan yang disahkan mencatatkan kes jangkitan Covid-19 di Beijing sejak minggu lalu.

Malah, mereka yang berada di fasiliti kuarantin juga perlu melakukan ujian berkenaan.

Kes jangkitan tempatan dilaporkan sejak beberapa minggu lalu di banyak bandar di utara China menyebabkan kempen pengesanan besar-besaran dilaksanakan, yang sehingga kini masih menggunakan kaedah pengambilan sampel pada bahagian tekak dan hidung.

Namun, teknik calitan di dubur ‘didakwa boleh meningkatkan kadar pengesanan dalam kalangan mereka yang dijangkiti’ kerana virus berkenaan bertahan lebih lama di dubur berbanding saluran pernafasan, kata Li Tongzeng, doktor kanan di Hospital You’an Beijing kepada CCTV.

Namun, CCTV melaporkan, ujian calitan itu tidak akan dilaksanakan secara meluas kerana ia dianggap sebagai ‘tidak selesa’.

Sumber & Foto: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Bual Bicara Trio On Point (T.O.P) & Jurnal Resipi Gamit Minat Penonton

Hyunmin-A Temui VAKSIN Selepas Lebih Enam Tahun Menyepi Dari Seni Suara