in , ,

Covid-19: Bapa Saudara Penyampai Radio Kool FM Muaz Meninggal Dunia

Lebih kurang pukul 7:21 petang tadi, kita dikejutkan dengan berita empat lagi kematian di Malaysia akibat virus Covid- 19, menjadikan jumlah kematian setakat ini adalah 8 orang. Berita tersebut dikongsikan di Twitter rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia, @KKMPutrajaya.

BAPA saudara, penyampai radio Kool FM, Muaz Mohamed iaitu Idris Atan disahkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak Covid-19, jam 3.22 petang tadi. Muaz berkata, perkara itu adalah kejutan besar buat seluruh keluarganya dan menjadi berita yang paling ditakutinya.

“Benda yang paling saya takut terjadi juga. Pak Uda saya iaitu Idris bin Atan kini pergi buat selamanya.

“Kami sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku. Begitu cepat virus Covid-19 ini merebak,”

– Muaz
Covid-19: Bapa Saudara Penyampai Radio Kool FM Muaz Meninggal Dunia

Muaz juga meluahkan rasa simpatinya kepada anggota keluarga bapa saudaranya dan mendoakan kesejahteraan roh arwah dipermudahkan segala urusan.

View this post on Instagram

Benda yang saya paling takut, terjadi jugak, Pak uda saya, iaitu Idris b Atan, telah pergi selamanya, kami sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku, begitu cepat virus covid ini merebak, Moga mak uda, kak long, kak ngah @syahirahidris n lokman kuat dalam menghadapi dugaan yang getir ini. Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah ‎. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

A post shared by MuazMohamed (@heymuazkoolfm) on

“Benda yang saya paling takut, terjadi jugak, Pak Uda saya, iaitu Idris b Atan, telah pergi selamanya. Kami sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku, begitu cepat virus covid ini merebak. Moga mak uda, kak long, kak ngah @syahirahidris dan lokman kuat dalam menghadapi dugaan yang getir ini.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,”

– Instagram Muaz

“Moga Mak Uda, Kak Long, Kak Ngah dan Lokman kuat dalam menghadapi dugaan yang getir ini,”

– IG Muaz

Terdahulu, perkara sama dikongsikan anak arwah, Syahira Idris di laman Twitter.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara petang tadi, Idris adalah antara empat mangsa yang disahkan meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat ini kepada lapan kematian.

Perkara yang sama turut dikongsi oleh anak perempuan Allahyarham Idris iaitu Syahira Idris di akaun Twitter miliknya.

Covid-19: Bapa Saudara Penyampai Radio Kool FM Muaz Meninggal Dunia

“Assalammualaikum semua.

“Dengan berat hati, ayah saya Idris Bin Atan telahpun meninggal dunia. Doakan jenazah ayah dicucuri rahmat. Doktor kata ayah pergi dalam keadaan tenang sangat.

“Terima kasih yang mendoakan ayah selama ni. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian.

“Seperti yang dimaklumkan, kami tidak dapat menguruskan jenazah ayah. Saya dan kakak tidak dibenarkan keluar hospital. Hanya doa di kejauhan. Adik akan berada di Bahagian Forensik Hospital.

“Lega bila tahu ayah pergi dalam keadaan yang tenang sangat. Alhamdulillah Ya Allah,”

– Syahira di akaun Twitternya.

Buat masa sekarang, Syahira juga sedang dikuarantin dan sedang menunggu keputusan ujian yang dijalankan.

Menurut laporan KKM Putrajaya, kes kematian Allahyarham Idris merupakan kes ketujuh daripada lapan kematian setakat ini.

Salam takziah… Al-Fatihah.

Covid-19: Bapa Saudara Penyampai Radio Kool FM Muaz Meninggal Dunia
Covid-19: Bapa Saudara Penyampai Radio Kool FM Muaz Meninggal Dunia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cara Mohon Bantuan RM600 Bagi Pekerja Bercuti Tanpa Gaji Yang Terjejas Akibat COVID-19

Maxis Galakkan Pelanggannya Duduk di Rumah & Terus Terhubung