in ,

Comel Sangat Gambar Anak Sulung Amar Asyraf

Budiey ada menerima foto-foto menarik cahaya mata sulung pelakon Amar Asyraf dan isteri, Arna Salleh hasil bidikan jurufoto terkenal, Camora Arts Photography. Terima kasih banyak Zara sudi hantar gambar-gambar comel kat bawah ni.

Bayi comel yang diberi nama Amar Taufiq ini telah dilahirkan pada 8 Julai lalu.

Dewasa ini, seakan-akan menjadi trend untuk pasangan yang baru sahaja melahirkan anak akan mengadakan ‘photo shoot’ untuk anak mereka. Antara selebriti yang telah berbuat demikian adalah Khairul Fahmi Che Mat, Lisdawati dan Fauzi Nawawi, Didie Alias, Ashraf Muslim dan ramai lagi.

Assalamualaikum Budiey:)

Apa khabar? Zara harap budiey sihat2 hendaknya. Semalam zara dan team Camora Arts ada shoot newborn utk pelakon Amar asyraf, pelakon Setia Hujung Nyawa. Zara nak share kan dengan budiey dan follower budiey.com.

Untuk pengetahuan Budiey, gambar2 yang zara nk share dgn Budiey ni merupakan gambar anak lelaki pelakon drama yang terkenal dengan wataknya sebagai Zain Hakimi dlm drama berepisod iaitu ” Setia Hujung Nyawa” yang pernah , mencetuskan fenomena dikalangan peminat hiburan. Amar Asyraf dan isterinya Arna Salleh telah berkahwin pada Jun 2013 dan kini mereka telah dikurniakan cahaya mata lelaki yang diberi nama Amar Taufiq.

Kami sgt bertuah kerana sepanjang shoot kami bersama dgn Amar taufiq, Amar Taufiq sentiasa tidur. Dia cuma menangis bila dia nak menyusu sahaja. Semasa kami mengadakan photoshoot ini, baby Amar Taufiq baru berusi 6 hari. Pada kali ini, kami Team Newborn Camora Arts ( www.facebook.com/camora.arts ) telah mengetengahkan konsep2 baru utk baby Amar Taufiq. Konsep yg kami cuba kali ni lebih segar dan comel2 khas utk tatapan ibu2 dan ayah2 atau bakal ibu2 dan ayah2 yang inginkan anak mereka kami potretkan. Semua props yang kami gunakan merupakan props terbaru kami bulan ini sempena promosi newborn photography yang kami jalan pada bulan ini.

Tanpa props yang cantik2 ni tidak mungkin kami berjaya membuat semua konsep terbaru kami ini. Terima kasih kepada Marlyna Nuri ( www.facebook.com/HannahSewingKnitting ) kerana membuat semua props2 terbaru kami hari ini seperti ladybird set, bee set, yellow blanket knitting, chef hat, dan soccer ball.  Manakala segala set bow tie ini dibuat oleh instagram.com/headband.forlove . Syukur sgt;) Ramai owner online butik yang sudi bekerjasama dgn kami dan ada yg sanggup menaja segala accessories utk semua baby yg kami shoot. Tapi tanpa Budiey, sudah tentu kami tak dpt kongsikan kan segala kreativiti2 kami bersama peminat dan followers Budiey.com sekaligus menjadikan blog Budiey.com ini menjadi blog rujukan bkn sahaja kepada peminat hiburan malah blog Budiey.com juga dpt menjadi rujukan kepada ibu2 dan ayah2 yang ingin dapatkan khidmat fotography baby 🙂 terima kasih banyak2 Budiey.com

Terima Kasih byk2 Budiey kerana sudi share kan gambar2 kami, di blog Budiey.com. Semoga Budiey.com dimurahkan rezeki sentiasa dan dilimpahi kasih syg yg berpanjangan. Selamat Berpuasa 😉

facebook | www.facebook.com/camora.arts

Instagram.com/camoraarts_by_zarahaleena

Gambar Anak Amar Asyraf

Gambar Anak Amar Asyraf

Gambar Anak Amar Asyraf

Gambar Anak Amar Asyraf

Gambar Anak Amar Asyraf

Gambar Anak Amar Asyraf

Gambar Anak Amar Asyraf

Gambar Anak Amar Asyraf

Gambar Anak Amar Asyraf

Gambar Anak Amar Asyraf

Gambar Anak Amar Asyraf

Gambar Anak Amar Asyraf

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Running Man Fan Meeting Asia Tour 2014

Katy Perry’s Smash Hit Birthday Scientifically