in

Cofundr Lancarkan Kempen KITACOVER Khusus Untuk PKS di Malaysia

Kempen KITACOVER oleh Cofundr bertujuan untuk membantu syarikat PKS memperolehi insurans yang sesuai bersama pelan perlindungan yang tepat dengan menggunakan proses pembayaran insurans yang baru dan mudah, melalui tawaran servis khidmat nasihat insurans percuma dan kos pembiayaan premium insurans sifar.

Crowd Sense Sdn Bhd (CSSB), operator peer-to-peer (P2P) yang dilesenkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan beroperasi melalui platform Cofundr telah melancarkan kempen mesra rakyat yang dinamakan KITACOVER hari ini bersempena Minggu MyFintech yang dianjurkan oleh Bank Negara.

Kempen yang disasarkan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) ini menggunakan dua jenis pendekatan. Pendekatan pertama adalah menerusi pendidikan dan peningkatan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan insurans untuk syarikat PKS melalui perkhidmatan nasihat percuma kepada pemilik-pemilik perusahaan. Perkhidmatan nasihat ini disediakan oleh panel insurans profesional Cofundr yang berfungsi sebagai perantara dan terdiri daripada agen dan broker insurans berpengalaman yang mahir dan mempunyai kepakaran khususnya untuk menangani segmen PKS, serta berpengetahuan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan bencana alam.

Pendekatan kedua bagi Cofundr adalah melalui pembiayaan premium yang berkaitan secara crowdfunding dan untuk jangkamasa yang ditetapkan, Cofundr akan turut menawarkan subsidi penuh bagi kos kewangan yang telah diluluskan. Ini bermakna pemilik perniagaan PKS boleh memperolehi perlindungan insurans penuh tanpa perlu mengubah liputan insurans mereka dan pada masa yang sama, mereka juga boleh membuat pembayaran premium secara bulanan tanpa apa-apa kos tambahan. Ini memudahkan mereka kerana mereka tidak perlu membayarnya secara lump sum atau sekaligus. 

KC Logo

Menurut Ahmad Kamal S. Awab, Pengarah di Cofundr, “Tujuan kempen KITACOVER ini amat jelas. Kami mengakui bahawa syarikat PKS memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Majoriti perniagaan di dunia terdiri daripada syarikat PKS dan mereka merupakan sumber utama yang menyediakan peluang pekerjaan dan merupakan penggerak utama pembangunan ekonomi global – mewakili lebih kurang 90% perniagaan dan menawarkan lebih daripada 50% peluang pekerjaan di seluruh dunia. Seperti yang dinyatakan di dalam Laporan Tahunan PKS yang telah dikeluarkan oleh Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia), PKS menyumbang RM553.5 bilion terhadap GDP (keluaran dalam negara kasar) negara pada 2019. Namun, pengambilan insuran bagi syarikat PKS terutamanya dari segi perlindungan ketika menghadapi bencana alam masih pada tahap yang membimbangkan.

Tegas beliau, “Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh AIG Malaysia Insurance Berhad, hanya 15% pemegang polisi insurans yang membeli perlindungan banjir. Ini bermakna lebih daripada 80% syarikat PKS tidak mempunyai perlindungan terhadap kerosakan akibat banjir, menandakan bahawa mereka mempunyai pemahaman yang kurang berkaitan dengan risiko dan kesan akibat bencana alam yang boleh menggugat operasi perniagaan mereka. Selanjutnya, mereka yang memiliki insurans, majoritinya tidak mempunyai insurans yang cukup. Syarikat PKS sering terdedah kepada pelbagai risiko dan tidak dinafikan bahawa insurans merupakan salah satu alat pemindahan risiko yang penting yang boleh menyumbang ke arah pengurusan kewangan yang lebih baik di samping mengurangkan beban kerugian yang perlu ditanggung oleh perusahaan dan kerajaan. Malapetaka yang kita alami baru-baru ini patut memberi kesedaran kepada syarikat PKS di seluruh negara untuk menjadi lebih proaktif dan peka untuk memeriksa liputan insurans mereka kerana ia merupakan satu-satunya pertahanan yang boleh dimiliki bagi mengurangkan impak kepada situasi kewangan yang perniagaan mereka bakal alami apabila bencana alam berlaku.

Sean Khoo, Pengurus Projek bagi kempen KITACOVER yang juga merupakan Pengurus Komunikasi Cofundr berkata “Di Cofundr, fokus kami adalah untuk mempromosikan keterangkuman kewangan bagi syarikat PKS dengan peningkatan akses bagi pembiayaan dan penyediaan penyelesaian inovatif yang konsisten, terutamanya pada masa sebegini. Tragedi banjir bukanlah suatu yang baru, tetapi malangnya masih banyak syarikat PKS yang mengalami kerugian besar dan mereka tidak memperolehi apa-apa pampasan kerana tiada pemilikan insurans.

AhmadKamal_Cofundr

Semasa merancang kempen ini, pasukan kami telah mengenalpasti dua sebab utama mengapa situasi ini tidak berubah walaupun ia telah berulangkali berlaku. Pertama sekali adalah kemampuan untuk memiliki insurans. Apabila menghadapi kekangan dari segi aliran tunai, syarikat PKS akan menunda, mengurangkan atau dalam beberapa kes, akan mengabaikan perlindungan insurans mereka. Ini kerana insurans adalah perbelanjaan yang tidak membawa pulangan balik, tambahan pula, pembeli terpaksa membuat bayaran pendahuluan penuh untuk premium mereka. Oleh itu, kebanyakan syarikat PKS lebih suka mengambil risiko untuk tidak membeli insurans. Ini boleh menyebabkan mereka kehilangan segalanya, malah mereka mungkin menanggung bebanan hutang apabila perniagaan mereka mengalami kerugian apabila dilanda bencana alam.

Sebab kedua adalah kerana kekurangan kesedaran berkenaan insurans. Syarikat PKS kebanyakannya tiada kesedaran mengenai jenis-jenis liputan yang ada untuk melindungi aset perniagaan mereka. Dalam situasi sebegini, di manakah mereka boleh pergi untuk memperolehi nasihat yang betul serta mendapat ilmu agar lebih peka terhadap insurans? Menyedari keperluan ini, kami merasakan bahawa Cofundr perlu tampil dan memanfaatkan kepakaran fintech kami untuk membantu syarikat PKS menyelesaikan masalah mereka. Kami berharap syarikat PKS di luar sana akan menyokong kempen ini. Kami turut menggesa syarikat PKS untuk mendapatkan liputan insurans yang tepat bagi perusahaan mereka supaya terlindung daripada risiko yang tidak diingini terutamanya apabila bencana alam berlaku.

Syarikat PKS boleh mendaftar untuk menerima khidmat nasihat di www.kitacover.com dan pakar insurans KITACOVER akan membuat susulan untuk membantu perusahaan anda mengurus risiko perniagaan secara efektif.

Mengenai Cofundr

Kami merupakan Operator Pemasaran yang Diiktiraf untuk mengurus Pengumpulan Dana Awam P2P yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Dalam setiap langkah yang kami ambil, kami mementingkan keterangkuman kewangan untuk semua perniagaan dengan menyediakan pilihan pembiayaan secara crowdfunding yang distrukturkan sebagai pelaburan yang efektif bagi komuniti pelabur. Dalam erti kata lain, kami menawarkan pembiayaan yang boleh dijadikan pelaburan bijak menerusi platform fintech kami.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ALIFF AZIZ GEGAR VAGANZA 2021

Aliff Aziz Juara Gegar Vaganza 8, Bawa Pulang RM100,000

Keserasian, Bunyi atau Lokasi? Samsung Soundbar Mana Sesuai Untuk Anda?