in

Coca-Cola Lancar Koleksi Pakaian Di Malaysia

Segala-galanya bermula dari tahun 1886. Demi memenuhi perasaan ingin tahunya, seorang ahli farmasi di Atlanta telah menghasilkan sejenis minuman – gabungan air sirap dan air bergas sehingga mendapat pujian daripada mereka yang telah merasainya. Semenjak itu, minuman Coca-Cola sudah berjaya menambat hati ribuan juta pengguna di serata dunia.

Maka tidak hairanlah mengapa populariti Coca-Cola kini merangkumi segenap peringkat umur. Jadi, tiada yang lebih bermakna kecuali meraikan keriangan ini dengan memperkenalkan koleksi pakaian Coca-Cola yang pertama di Malaysia. Malaysia merupakan negara pertama di rantau Asia Pasifik yang melancarkan rangkaian fesyen Coca-Cola dengan koleksi utama yang kini boleh didapati di gedung beli-belah Parkson di Pavilion, Kuala Lumpur.

Bertemakan gaya preppy (ala pelajar), koleksi ini mengembalikan semula memori terindah yang tercipta sewaktu di bangku sekolah. Tampil dengan gaya trendy, riang-ria dan berwarna-warni, koleksi pakaian ini diperbuat daripada gabungan kain jaket dan kulit yang bergaya. Malah, ia juga diperkayakan dengan warna-warna asas seperti biru, kelabu, perang, merah dan hijau beserta corak petak dan garisan kain gingham.

Coca

Koleksi Coca-Cola Preppy ini amat sesuai dengan golongan individu yang meminati gaya fesyen retro dan ini merangkumi semua jenis pakaian.

Bagi wanita pula, koleksi ini menawarkan seluar denim dalam dua pilihan warna iaitu merah manggis dan putih yang sesuai dipakai di negara beriklim tropika. Anda juga boleh tampil berbeza menerusi padanan seluar denim ini dengan baju-T Coca-Cola edisi khas daripada koleksi ini. Cukup sinonim dengan slogan-slogan utama Coca-Cola seperti “It’s The Real Thing” dan “to Always Coca-Cola” yang didukung sejak 128 tahun lalu, penampilan anda dalam koleksi pakaian ini sudah pastinya menarik perhatian ramai.

Selain itu, koleksi ini juga menampilkan blaus bercorak polka dot, singlet, baju blaus bercorak kain gingham dan shirt dress yang cantik serta sesuai dipakai untuk bersantai.

Rangkain baju panas dan hoodie yang memaparkan logo Coca-Cola pula sesuai dipakai untuk aktiviti sukan, bersiar-siar pada waktu pagi mahupun pada hari petang yang dingin.
Bagi melengkapkan penampilan ala pelajar, dapatkan juga jaket besbol kami yang merupakan pakaian signatur Coca-Cola.

Koleksi ini juga akan menawarkan satu rangkaian hoodie, baju panas sarung, baju berlengan panjang, baju berlengan pendek, baju polo, kemeja-T leher bulat, singlet, gaun, seluar pendek, seluar Bermuda, seluar chinos, seluar jean, legging, sweatpant, seluar pendek santai dan seluar boxer. Bagi melengkapkan penampilan anda, pelbagai aksesori lain seperti beg sling (simpang pada bahu), beg jinjing, beg galas, topi juga telah direka khas.

Berharga dalam lingkungan RM49.90 sehingga RM299.90, harga mampu milik ini sememangnya berbaloi bagi koleksi pakaian yang selesa dengan hasil rekaan serta penggunaan kain yang berkualiti tinggi.

Ingin mencuba atau melihat koleksi pakaian ini dengan lebih dekat? Sila berkunjung ke butik Coca-Cola Apparels di Parkson Pavilion dan di semua gedung beli-belah di seluruh negara.

Coca

Tentang The Coca-Cola Company

The Coca-Cola Company (NYSE: KO) merupakan syarikat pengeluar minuman terbesar di dunia dan menawarkan lebih 500 jenis jenama minuman ringan terkemuka kepada pengguna. Didahului oleh jenama paling popular dan berpengaruh di dunia, Coca-Cola, senarai portfolio syarikat kami juga merangkumi 15 jenama minuman lain yang bernilai berbilion dolar seperti Diet Coke, Fanta, Sprite, Coca-Cola Zero, Vitamin Water, Powerade, Minute Maid, Simply, Georgia dan Del Valle. The Coca-Cola Company adalah pengeluar minuman soda, kopi segera, jus dan minuman berasaskan buah nombor satu di peringkat global. Dengan rangkaian pengagihan minuman terbesar di dunia, kami berjaya membekalkan 1.8 bilion hidangan berbentuk minuman kepada pengguna di lebih 200 buah negara setiap hari. Komited terhadap pembangunan komuniti lestari, syarikat kami juga berusaha untuk mengurangkan kesan karbon pada persekitaran dan menyokong gaya hidup sihat serta aktif. Selain itu, syarikat turut memastikan persekitaran tempat kerja kami adalah selamat dan menyeluruh bagi mempertingkatkan aspek pembangunan ekonomi dalam kalangan komuniti di sekeliling kami. Menerusi kerjasama dengan pihak pengilang botol produk keluaran kami, The Coca-Cola Company kini tersenarai sebagai antara 10 syarikat swasta terbaik di dunia dengan bilangan kakitangan yang melebihi 700,000 orang. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.coca-colacompany.com atau ikuti kami di Twitter (twitter.com/CocaColaCo). Anda juga boleh layari blog kami di alamat www.coca-colablog.com.

Tentang Giomax
Giomax Group merupakan pemegang lesen rasmi bagi jenama Coca-Cola Apparel di Malaysia. Ia menjadi syarikat pertama di rantau Asia Pasifik yang melancarkan rangkaian pakaian berjenama Coca-Cola di Malaysia.

Ditubuhkan pada tahun 2001, Giomax merupakan syarikat pengeluar pakaian, pakaian dalam dan aksesori dan memiliki kepakaran dalam menghasilkan pelbagai produk berjenama lain. Antaranya termasuk Batman, Superman, Supergirl, Justice League, Soda, Von Dutch, Edwin, Ben 10, Angry Birds, Paul Frank, GA Blue dan 3dots.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chris Rock & Prince Returns To Saturday Night Live!

2AM Rasmi Cawangan Kafe Dal Komm Coffee di Damansara