in

Fakta Tentang CJ WOW Shop Yang Anda Patut Tahu

CJ WOW SHOP, rangkaian membeli-belah di rumah inovatif yang menyatukan televisyen, platform-platform dalam talian dan mudah alih, telah dilancarkan hari ini sebagai suatu revolusi industri. Dengan menyediakan kemudahan membeli-belah menurut keselesaan mereka sendiri, rakyat Malaysia kini boleh menikmati suatu pengalaman membeli-belah baru mulai 1 April 2016.

CJ WOW SHOP siaran demonstrasi yang komprehensif merentasi saluran media utama iaitu TV3, ntv7, 8TV, TV9 dan tonton. Para pelanggan boleh membuat pembelian melalui panggilan ke talian bebas tol, atau melayari laman sesawang membeli-belah dalam talian dan juga melalui pilihan aplikasi mudah-alih, samada di rumah ataupun di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Servis membeli-belah di rumah yang imersif bakal memperkaya gaya hidup dan membawa pengalaman pelanggan terbaharu

“CJ WOW SHOP membawa pembaharuan terkini. Dengan menawarkan suatu perkhidmatan berorientasikan pelanggan dan pengalaman baru, kami sedia merombak sektor membeli-belah di rumah di Malaysia,” ujar Mr. Kim Yang Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif CJ WOW SHOP semasa acara pelancaran, yang turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Basaruddin Sadali, Timbalan Ketua Setiausaha Utama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Di CJ WOW SHOP, kami menemui dan menyampaikan produk berkualiti tinggi yang bertujuan meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Kami juga mempamerkan produk-produk ini kepada penonton dengan cara yang paling menarik menerusi dunia shoppertainment,” tambah Kim.

CJ WOW SHOP ketika ini menawarkan aneka produk dari pelbagai kategori seperti kediaman & kehidupan, kecantikan, fesyen dan digital. Produk-produk tersebut terdiri daripada barangan terbaharu hasil rekaan pencipta-pencipta Korea bagi memudahkan kehidupan, serta jenama tempatan dan global yang berjaya memberi manfaat kepada berjuta-juta isi rumah. Terdapat juga rancangan untuk menawarkan produk makanan dan perkhidmatan seperti pakej pelancongan pada masa depan.

Menjadikan beli-belah di rumah seronok, lengkap dan wow

Selari dengan konsep shoppertainment yang menawarkan suatu pengalaman unik berciri visual, interaktif dan mengujakan, segmen televisyen CJ WOW SHOP menampilkan 10 selebriti Malaysia terkemuka sebagai hos rancangan. Bukan sekadar menawarkan daya tarikan yang kuat, tugas hos adalah penting dalam menjelaskan keberkesanan produk agar pengguna tahu apa yang akan mereka beli dan juga kualiti sebenar pembelian yang diharapkan. Terdiri daripada barisan pengacara berpengalaman dan juga bakat-bakat baru, hos-hos selebriti CJ WOW SHOP termasuk Maria Tunku Sabri, Nadia Annuar, Karl Shafek, Chef Fikree, Ameera Zaini, Raja Azureen Eleena, Fiza Saad, Sarah Ismail, Liza Khairudin dan Zaim Helmi.

CJ WOW Shop Diperkenalkan Buat Pertama Kali di Malaysia

Suatu kolaborasi antara Media Prima Berhad, syarikat media bersepadu terkemuka di Malaysia, dan CJ O Shopping Co. Ltd., pakar membeli-belah di rumah antarabangsa dari Korea Selatan,
CJ WOW SHOP dilancarkan dengan hasrat untuk menjadikan membeli-belah di rumah suatu pengalaman yang lengkap. Sebagai peneraju industri media terkemuka di Malaysia yang berorientasikan pelanggan, CJ WOW SHOP bertunjang daripada sebuah model perniagaan yang berkesan, penginegrasian saluran media dengan jumlah penonton yang tinggi, dan ekosistem perkongsian yang dipercayai.

“Media Prima Berhad sentiasa menerokai idea-idea baru dalam usaha untuk mempelbagaikan perniagaan kami. Usahasama dengan CJ O Shopping amat unik, di mana kami menggabungkan keupayaan Media Prima dengan kepakaran teknikal mereka untuk menghasilkan nilai yang ketara kepada penonton. Dengan potensi mencapai lebih 20 juta penonton TV di seluruh negara setiap hari ditambah 5.5 juta pengguna tonton, rekod prestasi kami dalam membina kejayaan jenama, serta pengalaman lebih 30 tahun dalam penciptaan kandungan bagi rakyat Malaysia, kami mempunyai segala sumber yang diperlukan untuk memastikan kejayaan CJ WOW SHOP; seterusnya mengubah pentakrifan membeli-belah di rumah,” kata Datuk Kamal Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima.

Perkongsian sinergistik ini mengambil kesempatan penuh pasaran e-dagang dan m-dagang dengan meneroka keperluan pengguna yang belum lagi dipenuhi, menaiktaraf hidup mereka dan memberi kepuasan kepada pelanggan pada setiap peringkat.

Pasaran e-dagang dijangka mencecah RM3.96 bilion (USD991 juta) pada 2016 dengan peningkatan tahunan 18.03% antara 2016-2020. Berdasarkan peningkatan aliran e-dagang semasa, pelancaran CJ WOW SHOP dilihat bertepatan pada masanya, dan akan membuka laluan yang lebih yakin ke matlamat pendapatan RM150 juta menjelang suku pertama 2017.

Saluran CJ WOW SHOP

1. Sebanyak 990 minit sedutan khas:
• TV3: 0600 – 0700 (60min)
• ntv7: 0600 – 1300 (420min)
• 8TV: 0600 – 0900 (180min)
• TV9: 1000 – 1200 (120min)
1230 – 1600 (210 min)
2. Talian bebas tol: 1800-18-0808
3. Laman sesawang www.cjwowshop.com.my
4. Aplikasi mudah alih “CJ WOW SHOP” boleh didapati di Apple App Store dan Google Play Store.

Mengenai CJ WOW SHOP
CJ WOW SHOP merupakan rangkaian beli-belah di rumah yang inovatif yang boleh ditonton dari televisyen, platform-platform telefon mudah-alih dan atas talian, yang membawakan kepada pengguna Malaysia suatu pengalaman untuk dari segi visual, bersifat interaktif serta imersif. Ditubuhkan pada tahun 2016, pihak syarikat mencari dan menawarkan produk dan perkhidmatan bermutu tinggi yang mampu memperkayakan gaya hidup pelanggan. Sebagai syarikat media dagang berorientasikan pelanggan yang terulung di Malaysia, kami membantu pelanggan untuk membeli-belah dalam keselesaan bersendiri, sama ada di rumah ataupun di mana sahaja, pada bila-bila masa. CJ WOW SHOP menyempurnakan lagi pengalaman membeli-belah di rumah dengan menyelaraskan kelebihan dan kepakaran yang terhasil dari kerjasama antara kumpulan media bersepadu terbesar Malaysia, iaitu Media Prima Berhad, dengan syarikat terkemuka global dalam bidang beli-belah di rumah dari Korea Selatan, CJ O Shopping Co. Ltd.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.cjwowshop.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

A Bohemian Rhapsody With Luxury At The Four Seasons Prague

Senarai Penuh Calon Top 5 Anugerah Pilihan Online 2016