in , ,

Cintaiku Pertaruhan Terbaru Datin Alyah

Penyanyi terkenal, Datin Alyah cukup sinonim dengan muzik genre balada. Kejayaan beberapa single sebelum ini meletakkan Alyah di kelas tersendiri.

Walaupun industri muzik tanah air dibanjiri dengan penyanyi baru, nama Alyah tetap utuh dan kekal relevan sehingga ke hari ini. Dalam masa sama, Alyah juga cukup bertuah apabila mendapat lagu yang kuat dari segi melodi dan lirik sekali gus berjaya melangkah jauh seperti pentas Anugerah Juara Lagu.

Pembuka tahun 2020 ini disifatkan sesuatu yang cukup manis dan bermakna apabila Alyah muncul dengan single berentak balada, Cintaiku yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 16 Januari ini.

Menariknya, lagu itu dipilih menjadi lagu tema dan diperdengarkan serentak dengan tayangan hari pertama drama Camelia yang bersiaran di slot Samarinda, TV3.

Bagi Alyah, lagu ciptaan bersama Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dan lirik oleh Arisz Ab Rahman, Datin Hasniza dan Ikhwan itu memberikan kelainan kepada warna vokalnya.

“Muzik lagu ini masih dalam kategori balada. Kalau bercakap soal kekuatan, dalam lagu ini vokal saya menjadi lain.

“’Key’ yang dipilih untuk lagu ini mengubah ‘tone’ suara saya. Pendek kata, bunyinya tidak seperti lagu saya sebelum ini. Saya yakin, bagi yang kali pertama mendengar akan cakap suara saya lain.

“Namun, saya ingin puji karya ini kerana melodi yang sangat menarik. Pada bahagian korus lagu ini pasti akan mudah diingati,”

– Datin Alyah
Alyah

Berkongsi mengenai projek single terbitan dan edaran syarikat rakaman, Nova Music (M) Sdn Bhd itu, Alyah berkata ia terjadi secara kebetulan.

“Sejujurnya, lagu ini tidak ada dalam perancangan saya untuk tahun ini. Kalau ikutkan saya memang nak muncul dengan single baru, tapi bukan awal tahun dan genre balada.

“Mungkin inilah yang dikatakan rezeki apabila pihak Nova menghubungi pegawai perhubungan awam saya dan menawarkan lagu ini. Mereka juga maklumkan lagu ini bakal menjadi lagu tema drama.

“Malah, melihatkan perancangan yang diatur untuk lagu ini, saya menjadi lebih yakin. Mereka ada sesuatu yang besar untuk lagu ini dan bukan sekadar rakaman. Paling penting, bekerjasama dengan Nova sangat mudah. Mereka tak banyak kerenah,”

– Datin Alyah
Alyah

Alyah yang kali kedua bekerjasama dengan Ikhwan menyifatkan komposer lagu Kisah Cinta Kita itu seorang yang genius dalam bidang penciptaan lagu.

“Bekerja dengan Ikhwan, dia beri apa yang kita ada. Dia tahu ada kelebihan yang lain dalam diri yang belum dikeluarkan, jadi dia gunakan itu.

“Dalam erti kata lain, ketika menghasilkan lagu itu dia sudah membayangkan penyanyi lagu berkenaan. Dia berbeza dengan komposer lain,”

– Datin Alyah

Khas buat peminat Alyah lagu ‘Cintaiku’ edaran Nova Music (M) Sdn Bhd ini boleh dimuat turun di semua digital platform seperti Apple Music, iTunes, Spotify, Youtube Music, Joox, Deezer Music & KKBOX. Tonton lirik video rasmi ‘Cintaiku’ di Youtube channel Nova Music pada 16 Januari 2020 pada jam 3 petang. 

Klik link ini untuk terus menonton lirik video ‘Cintaiku’ Alyah: https://youtu.be/v1wU641fsq4

Alyah

MENGENAI DRAMA

Camelia adalah drama 15 episod terbitan Saphire Screen Sdn Bhd dan penerbitnya, Datin Hasniza Nordin turut menyumbang lirik dalam lagu Cintaiku.

PEMUZIK TERBABIT

Gitar                            : Shah Slam

Bass                            : Fly Bass

Susunan Muzik           : Wan Saleh

Mixing & Mastering   : Wan Saleh

Penerbit                       : Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh

LIRIK LAGU CINTAIKU

Verse

Ku sedari, ku bukan bidadari

Namun punya cinta

Yang suci luhur

Buatmu kasih

Ku mengerti ku bukannya pelangi

Yang akan menjadi dambaan pencinta

Prechorus 

Memori yang terluka

Akan tetap aku leraikan

Hanya untuk dirimu

Chorus

Cintaiku dengan sepenuh hati

Jangan pernah lukai

Cintaiku terimaku seadanya

Cintaiku hingga ke hujung nadi

Walau duka menanti

Cintaiku.. cintaiku

Bridge

Ku korbankan jiwa 

Demi mu ku rela

Walau ribut datang menerpa

Akan ku buktikan

Cinta ini hanya milikmu saja

Megah di singgahsana 

Cinta kita selamanya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alvin Chong Muncul dengan Single TAK TERGANTI Ciptaan Vokalis Samsons

Pengumuman Persembahan Fasa Pertama NUSA FEST