in ,

Cik B Bagi Hadiah Untuk Hari Ibu, Reaksi DSV Curi Perhatian

Baru-baru ini kita telah menyambut hari ibu di mana ramai yang mengambil kesempatan untuk meraikan ibu masing-masing dengan memberi hadiah dan ucapan-ucapan penghargaan di media sosial.

Anak usahawan kosmetik terkenal, Cik B juga tidak ketinggalan untuk berkongsikan hadiah yang dihasilkannya sendiri buat ibu tersayang, Dato Seri Vida. Dalam video yang dimuatnaik ke Twitter, Cik B pada mulanya merancang untuk menghasilkan kek untuk DSV, namun menukar rancangannya kerana dia tidak tahu cara untuk membuat kek.

Creative Bukan?

Sebaliknya Cik B mendapat idea untuk memberikan bunga kepada ibunya dengan cara yang paling mudah dan kreatif.

Mengutip semua jenis bunga yang terdapat di dalam pasu di sekitar rumahnya, Cik B menghasilkan sejambak bunga istimewa untuk DSV.

Cik B Bagi Hadiah Untuk Hari Ibu, Reaksi DSV Curi Perhatian

Namun apa yang paling menarik perhatian adalah reaksi DSV apabila menerima jambangan bunga itu dari Cik B. Selain terharu dengan pemberian Hari Ibu dari anaknya itu, DSV juga perasan bahawa bunga yang diberikan kepadanya itu adalah bunganya sendiri.

Walau bagamanapun DSV tetap menghargai pemberian Cik B itu dan meletakkan jambangan bunga itu di dalam pasu di biliknya.

Perkongsian Cik B itu meraih tumpuan netizen yang terhibur dengan reaksi DSV dan memuji sikapnya yang sentiasa menghargai apa sahaja pemberian anak-anaknya.

“Reaction dsv memang berharga…”

Cik B Bagi Hadiah Untuk Hari Ibu, Reaksi DSV Curi Perhatian
Cik B Bagi Hadiah Untuk Hari Ibu, Reaksi DSV Curi Perhatian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iphone SE 2020 Kini Secara Rasmi Dijual di Malaysia

Amir Raja Lawak Redha Diuji, Yakin Ada Hikmah Setiap Ujian