in

CIIF & Leadwomen Berkolaborasi Untuk Mengetengahkan Isu-Isu Berkaitan Kepimpinan Wanita

Chartered Institute of Islamic Finance Professionals (CIIF), telah berkolaborasi bersama LeadWomen Sdn Bhd (LeadWomen), untuk mewujudkan platform mencetuskan inspirasi dan perubahan di dalam corak pemikiran masyarakat sambil mengenalpasti kelemahan yang perlu diatasi untuk menghasilkan persekitaran bekerja yang selamat dan inklusif.

Ini adalah penting untuk memenuhi keperluan bisnes yang berprestasi tinggi serta menyumbang kepada pencapaian matlamat pembangunan dari segi Persekitaran, Sosial dan Pentadbiran (ESG) di Malaysia.

Sebagai permulaan, CIIF dan LeadWomen baru-baru ini telah menganjurkan sesi perbincangan meja bulat dan percambahan minda mengenai penglibatan diversiti dan kepimpinan wanita di dalam semua sektor.

Topik ini telah dicadangkan oleh kedua-dua LeadWomen dan CIIF sebagai pemangkin diskusi justeru mengenalpasti jurang-jurang yang dihadapi golongan yang berkaitan. Usaha pengenalpastian ini adalah salah satu langkah untuk mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang berkaitrapat dengan isu kritikal tersebut.

Dihadiri oleh pemimpin-pemimpin berkaliber di dalam industri kewangan Islam dan pelbagai industri lain, topik diskusi merangkumi persoalan seperti: ‘Apa yang masih tiada atau kekurangan di dalam dialog berkaitan isu diversiti dan kepimpinan wanita?’.

CIIF & Leadwomen Berkolaborasi Untuk Mengetengahkan Isu-Isu Berkaitan Kepimpinan Wanita

Sesi diskusi ini telah difasilitasikan oleh Anne Abraham, selaku Pengasas dan Ketua Pengerusi LeadWomen. Ahli-ahli CIIF daripada pelbagai institusi kewangan dan organisasi yang berkaitan, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik, Pengurus, serta Rakan Kongsi di firma-firma besar merupakan antara peserta berprofil tinggi yang hadir di sesi tersebut. Sepanjang sesi dijalankan, peserta-peserta telah memainkan peranan yang penting secara aktif di dalam diskusi melalui perkongsian pengalaman, pandangan dan idea mereka berkenaan topik yang dibincangkan.

Antara isu tersebut termasuklah tentang peri penting kesaksamaan gender, adakah ekuiti perlu diberikan lebih fokus berbanding dengan kesaksamaan di antara lelaki dan wanita, dan perlukah adanya data empirikal untuk mengkaji dengan lebih lanjut nilai yang disumbangkan oleh golongan yang berkaitan di tempat kerja kepada syarikat-syarikat yang terbabit.

Perbincangan juga mengupas topik-topik berkaitan dengan polisi dan penggubalan polisi, peluang yang disediakan oleh teknologi digital kepada wanita untuk mengejar kejayaan yang sama dengan golongan lain di tempat kerja, serta cadangan untuk mencontohi negara-negara lain yang menjayakan inisiatif-inisiatif yang memberi perhatian kepada isu diversiti dan kepimpinan wanita.

CIIF & Leadwomen Berkolaborasi Untuk Mengetengahkan Isu-Isu Berkaitan Kepimpinan Wanita

Dr. Azura Othman, Pegawai Ketua Eksekutif CIIF di dalam ucapannya berkata “Penajaan untuk pengasas wanita sangat kurang berbanding dengan pengasas lelaki di dalam syarikat ‘start-ups’ walaupun mereka begitu layak serta mampu untuk mengetuai sesuatu syarikat atau organisasi.

Setelah kita mengkaji mengapa wanita tidak dapat melangkah jauh sebagai pemimpin di dalam syarikat-syarikat dan sektor bisnes, kita dapati bahawa ini adalah kerana wanita tidak mempunyai rangkaian yang cukup untuk menyokong mereka supaya lebih maju di dalam karier.

Di CIIF, kami bersedia untuk membantu mana-mana syarikat untuk mengkaji cara-cara membantu wanita dan kumpulan minoriti yang lain mengembangkan rangkaian mereka dengan lebih luas, serta mencari jalan untuk menaiktaraf karier mereka menerusi peluang-peluang ini”.

Semasa menjawab soalan dan mempengerusikan perbincangan, Anne Abraham yang juga memainkan peranan utama sebagai Pengasas Bersama Eksekutif, Kelab 30% cawangan Malaysia, sebuah kempen global yang berusaha untuk meningkatkan jumlah perwakilan wanita di dalam lembaga pengarah di syarikat-syarikat awam yang tersenarai menekankan bahawa,

“Wanita terpaksa melalui pelbagai halangan unik di dalam perjuangan mereka untuk mencapai ekuiti sosial dan politik. Penggunaan terma ’wanita dan isu berkaitan diversiti’ untuk mengenalpasti halangan-halangan serta persekitaran yang tidak adil yang mereka alami boleh membantu dalam menghasilkan lebih visibiliti terhadap cabaran-cabaran yang dialami oleh kumpulan ini, berbanding dengan kumpulan-kumpulan yang lain. Walaupun isu ini merupakan isu hak manusia tetapi dengan menggunakan terma spesifik, kita boleh membantu kumpulan-kumpulan yang terpinggir, terutamanya yang tidak mampu bersuara untuk mendapatkan lebih banyak perhatian”.

Pada hujung sesi tersebut, peserta-peserta diskusi telah menyenaraikan soalan-soalan tambahan yang memerlukan lebih penelitian. Antara soalan-soalannya adalah:

(i) Apakah peranan ‘mentor’ dan ‘pembimbing’ supaya wujudnya lebih ramai pemimpin wanita serta menggalakkan inklusiviti di dalam semua sektor? 

(iii) Bagaimana ahli lembaga syarikat boleh memastikan perancangan di dalam penerusan warisan atau legasi mereka di dalam organisasi?; dan

(iv) Apa yang perlu dikenalpasti untuk memastikan golongan wanita profesional boleh mencapai keseimbangan yang optimal di dalam kehidupan dan kerja mereka? 

Perancangan seterusnya bagi LeadWomen dan CIIF adalah memastikan hasil penemuan daripada diskusi yang telah dijalankan dapat diubah kepada saranan-saranan yang boleh dilaksanakan.

Tentang (CIIF)

Ditubuhkan pada 2015, CIIF adalah badan profesional untuk ahli-ahli profesional di dalam industri kewangan Islam yang berkelayakan. Mandat utama badan ini adalah untuk menetapkan dasar dan piawaian bagi sistem pendidikan dan kelayakan profesional di dalam bidang kewangan Islam di kalangan ahli-ahli serta memastikan Kod Etika dan Dasar Tata Laku Profesional negara dipatuhi oleh mereka.

CIIF juga mempunyai mandat untuk menaiktaraf status profesional industri kewangan Islam melalui kolaborasi bersama persatuan-persatuan, badan-badan berkanun, agensi-agensi kerajaan, institusi-institusi pendidikan dan latihan serta pihak-pihak berkaitan yang lain. Melalui dasar dan piawaian yang telah ditetapkan, termasuk program utama mereka, iaitu Program Profesional Bertauliah di dalam Kewangan Islam atau Chartered Professional in Islamic Finance (CPIF), CIIF ingin meletakkan nilai yang tinggi kepada pekerjaan-pekerjaan di dalam industri terbabit dengan pengiktirafan daripada pakar-pakar industri serta mengembangkan ilmu dan kepakaran yang berterusan bagi ahli-ahli di dalam badan tersebut.

Antara komponen utama untuk melayakkan diri menyertai CIIF adalah ahli-ahli perlu menjalani kursus mandatori Program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) yang dicipta khusus supaya mereka terdedah kepada perkembangan dan maklumat terkini berkaitan industri kewangan Islam untuk membantu menaiktarafkan keupayaan dan kemahiran mereka sebagai ahli-ahli profesional kewangan Islam yang terbaik. Ini bermatlamat untuk menyediakan ahli-ahli CIIF dengan bakat dan kemahiran yang mempunyai permintaan tinggi di arena tempatan dan antarabangsa.

Mengenai LeadWomen

LeadWomen merupakan perusahaan sosial yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah pemimpin wanita terutamanya bagi jawatan-jawatan senior di dalam industri Korporat Malaysia. Misi kami dalam meningkatkan jumlah perwakilan wanita di dalam lembaga pengarah syarikat korporat di Malaysia telah bermula pada 2011. Usaha kami diteruskan melalui advokasi, latihan dan perkembangan, pencarian dan penempatan wakil wanita yang layak untuk menjadi lembaga pengarah di syarikat-syarikat ini. Untuk memastikan kejayaan yang berterusan, kami menyedari bahawa pentingnya untuk membina rangkaian pemimpin wanita di lebih banyak organisasi-organisasi. Ini telah menyebabkan kami beralih fokus dan mempraktikkan strategi yang menekankan inklusi di tempat kerja untuk memastikan lebih ramai wanita berbakat kekal dan maju dengan berjaya di dalam karier mereka.

Kini, usaha kami lebih berpusat kepada penghasilan persekitaran kerja dan lembaga pengarah yang penuh ekuiti supaya wanita diiktiraf, dihormati dan boleh berkembang maju di tempat kerja mereka. Kami akan berjaya mencapai matlamat kami apabila kesaksamaan gender tidak lagi diukur melalui sesuatu angka!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aeril Zafrel Didakwa Main Kayu Tiga, Wawa Zainal Terima Mesej Merapu Merabah di Instagram

Netizen Puji Staf J&T Dah Insaf, Kini Dah Tak Baling-Baling Barang