in , ,

Chong Wei Beri Sumbangan Wang Tunai & Kelengkapan Pada Masjid

Bagus betul usaha murni dari Datuk Lee Chong Wei ni. Seeloknya menjadi contoh teladan buat kita semua. Usaha ikon badminton negara Datuk Lee Chong Wei mendapat pujian dan wajar dicontohi.

Bagi sesetengah orang, membantu insan lain tidak kira dari segi apa pun sememangnya memberikan kepuasan dan menambahkan rasa syukur dalam diri. Ia seharusnya menjadi ikutan ramai terutama dalam era media sosial ini.

Terbaru, sikap tersebut dipaparkan oleh bekas pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei, yang memberikan sumbangan kepada Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur.

Chong Wei Beri Sumbangan Wang Tunai & Kelengkapan Pada Masjid

Menerusi perkongsian yang dimuatnaik oleh Facebook rasmi masjid itu, Datuk Lee Chong Wei memberikan sumbangan wang tunai dan kelengkapan untuk masjid tersebut.

Terima kasih Datuk Lee Chong Wei

Diatas sumbangan wang tunai dan kelengkapan Masjid Al-Hidayah Kg. Sungai Penchala dikala suasana PKP ini.

Kredit : Terima kasih juga kepada Ustaz Khairul Anam, Pentadbiran Masjid Saidina Umar Al-Khattab dan warga Kariah Bukit Damansara menjadi penghubung kepada MAHSP.

– Facebook MAHSP

Status itu turut dikongsi di akaun Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Kebanyakan netizen memuji sikap Chong Wei dan berharap ia dicontohi pihak lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hiasan

Sebak! Rakan Dedah Perbualan Terakhir Mangsa Mati Lemas

Ustaz Ebit Lew Beli Kereta Audi R8 Buat Isteri