in

Chilok Tersingkir dari Maharaja Lawak Mega 2018

Tahniah buat semua peserta yang berjaya menempa tempat di pusingan yang seterusnya. Buat Chilok jangan pula berputus asa. Mungkin ada rezeki yang lain menanti di masa akan datang. Siapakah yang bakal bergelar juara? Nantikan sama-sama.

Berdiri di pentas bersama-sama kumpulan Bocey dan Puteh selaku tiga peserta yang mendapat undian terendah pada minggu lalu, nasib nampaknya tidak menyebelahi kumpulan Chilok apabila kumpulan yang dianggotai oleh Achok, Kamal dan Chiwan ini terpaksa meninggalkan pentas Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018).

Chilok Tersingkir dari Maharaja Lawak Mega 2018

Juri Tya Ariffin berpendapat bahawa persembahan lawak yang dipamerkan oleh mereka bertiga pada minggu lalu kurang fokus dan hal ini turut diakui oleh Ketua Juri, Douglas Lim yang melihat persembahan Chilok mempunyai jalan cerita yang kurang jelas serta mengelirukan.

Namun begitu, pujian harus diberikan kepada Chilok di atas prestasi mereka di pentas MLM pada tahun ini yang semakin meningkat dan membanggakan. 

Memasuki minggu kesembilan pada Jumaat ini, tujuh peserta MLM 2018 akan meneruskan perjuangan mereka denga tema persembahan‘Karoot’. Di antara Zero, Bocey, Shiro, Joras, Taman, Puteh dan Masin, siapakah di antara mereka yang berjaya memikat hati juri dan penonton dengan persembahan lawak yang pecah perut? Sama-sama kita saksikan.

Jangan lupa untuk menonton Siaran Langsung Konsert Maharaja Lawak Mega 2018 (Minggu Kesembilan) pada 28 Disember 2018 (Jumaat) di Royal Teater Shah Alam (Jalan Persidangan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor).  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem ROBIN HOOD (2018)

Caltex Kicks-Off 2019 With Partnership With Dato’ Hans Isaac