in ,

Chef Wan, Ogy Ahmad Daud & Raja Singham Dalam THE STORY II

Datuk Chef Redzuawan, Fauziah Datuk Ahmad Daud and Raja Singham. Tiga figura terhebat dibariskan untuk tantapan The Story II pada kali ini. Ditambah padu dengan kerjasama salah satu pentas tercantik di dunia; Istana Budaya menjadi tempat rasmi The Story II.

Dengan tajaan platinum dari Universiti Kuala Lumpur, menjadikan The Story II lebih besar pengajurannya dari pengajurannya yang pertama.

Untitled

Chef Wan, Ogy Ahmad Daud & Raja Singham Dalam THE STORY II

[dropcap]T[/dropcap]he Story dianjurkan untuk memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda. Ia adalah satu inisiatif oleh Generasi Bersatu Malaysia (GBM).

Presiden Generasi Bersatu Malaysia (GBM), Asyraf Dato Sri Khalid, berkata The Story II sebagai:

“Ramai anak muda hari ini berasa gentar untuk keluar daripada kepompong lazim mereka. The Story II akan menyelami kisah dua insan yang telah mengharumkan nama Malaysia pada mata dunia sekaligus mengikut jejak langkah mereka untuk berjaya.”

Untitled

Acara dimulakan dengan perkongsian Raja Singham – cerita beliau tentang bagaimana beliau menjadi usahawan yang berjaya dan cabaran yang dihadapinya di peringkat awal kerjaya beliau. Cerita beliau tentang membina sebuah empayar dan segala rintangan dalam menubuhkan perniagaan beliau.

Fauziah Datuk Ahmad Daud, berkongsi cerita tentang liku-liku perjalanan anak seni sebagai seorang pelakon. Dari fasa tiada siapa mengenali beliau hingga ke tahap ini. Melalui pengalaman itu, beliau mahu cerita ini disampaikan untuk golongan belia Malaysia untuk menjadi lebih baik dan menonjolkan potensi dalam diri mereka.

Kemudian, pengalaman Chef Wan dari seorang jurusan akauntan ke dunia masakan dan menjadikan ia satu kerjaya professional. Kepetahan mengendalikan program masakan dan mempunyai personaliti yang menarik dalam menjadi seorang chef selebriti, menjadikan beliau satu ikon yang dikenali bukan sahaja di Malaysia bahkan di peringkat antarabangsa. Beliau berkongsi tentang penglibatan dalam The Story II,

“Saya mahu perkongsian cerita ini menjadi inspirasi kepada belia-belia di Malaysia. Pada mulanya,saya lulusan akauntan dan ketika menglibatkan diri dalam industri kulinari, saya berhadapan dengan pelbagai. Pada waktu itu, saya juga tidak mahir berbahasa Inggeris,tetapi saya telah berjaya melalui pengalaman tersebut.”

The Story II adalah rentetan acara The Story I dimana ia merupakan siri ‘story telling’ dengan mengumpulkan ikon-ikon Malaysia dari pelbagai bidang dalam satu jenama. Nantikan episod yang lebih menarik untuk episod akan datang sepanjang tahun 2016 ditaja oleh penaja platinum Universiti Kuala Lumpur. The Story, adalah satu jenama dari golongan belia untuk belia.

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Untitled

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Percutian Luar Negara Buat Kakitangan Cuckoo International

Simfoni Alam Kupu-Kupu atau Rama-Rama