in , ,

Che Ta Mahu Ambil Tindakan Mahkamah Terhadap Bekas Pemandu

Pelakon popular Rozita Che Wan atau Che Ta menegaskan dia akan mengambil tindakan mahkamah terhadap bekas pemandunya yang dikatakan menyebarkan cerita tidak benar.

Che Ta dalam satu kenyataan berkata, dia juga mahu membuat saman malu dan mahu individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka. Ini jawaoan Che Ta tentang isu kononnya pemandu peribadinya bernama Muhammad Riduan tidak dibayar gaji dan teraniaya.

Rozita Che Wan

“Bayar tetap bayar. Gaji dia sudah dibayar penuh seperti biasa berjumlah RM2000 hari ini . Tapi dengan apa yang dia (Muhammad Riduan) sudah lakukan kepada saya dengan mengadakan cerita tak benar sekali gus jatuh fitnah dan memalukan, kami akan ambil tindakan tegas. Kami sudah berhubung dengan peguam untuk tindakan mahkamah. Malah kami juga nak buat saman malu dan memohon dia melakukan permohonan maaf secara terbuka,”

– Rozita Che Wan

Semalam kecoh apabila jejaka berusia 21 tahun menularkan cerita berkenaan di laman sosial. Malah difahamkan teman rapatnya juga bertindak agresif dengan melancarkan ‘perang’ menulis komen meminta gaji itu dibayar. Tak kurang juga yang menyebarkan kata kata negatif berbaur hasutan kononnya isteri kepada Zain Saidin ini menganiaya lelaki berkenaan.

Malah mereka juga mahu mengambil tindakan supaya pihak Instagram menyekat akses akaun Che Ta dan suaminya.

Che Ta berkata lagi, dia tidak pernah langsung tidak membayar gaji pekerjanya.

“Gaji dia bulan pertama dibayar seperti biasa. Cuma untuk bulan Februari saya terlambat bayar kerana tidak masuk ke pejabat untuk menguruskan hal kerja termasuk pembayaran gaji. Kebiasaannya saya akan bayar gaji setiap hujung bulan atau selewat-lewatnya sebelum masuk tarikh ketujuh bulan seterusnya. Itu standard biasa.

“Bulan Februari saya banyak urusan kerja luar dan tak dapat masuk ke pejabat.

“Semalam pada tarikh 6 Mac saya baru masuk pejabat. Selesai urusan yang patut termasuk mesyuarat, saya sudah bersedia nak isukan cek kepada pembantu peribadi… tiba-tiba dia buat hal viralkan perkara ini. Saya asalnya nak sudah nak bayar dan dia juga sudah bersetuju dengan jumlah gaji yang akan dibayar,”

– Rozita Che Wan

Menurut Che Ta, pada bulan Februari saja lelaki itu bercuti selama 12 hari.

“Dia hanya bekerja 16 hari saja. Tapi saya masih nak bayar gaji penuh kepadanya iaitu sebanyak RM2,000. Tapi Zain sendiri cakap dengan jumlah kerjanya pada bulan Februari, patut dibayar RM1000 saja. Namun selepas dipertimbangkan, saya nak bayar kepadanya RM1500.

“Dia cakap tak mahu kerja dengan saya lagi dan tarikh akhir bekerja pada 23 Februari. Mungkin sebab sedar diri kerjanya tak bagus dan rasa tak terjamin , maka mulalah nak tularkan benda yang sebaliknya. Buat cerita itu dan ini demi menutup kesalahan diri,”

– Rozita Che Wan

Che turut menegaskan yang lelaki itu juga menunjukkan prestasi kerja yang hambar.

“Kalau dia muat naik dalam status di Facebook, cakap kena kerja pada dari jam 7 pagi hingga 12 malam sampai letih. Kenapa tak tulis pula sepanjang masa itu, masa banyak dihabiskan dengan membuta (tidur). Tak cukup saya cakap jangan tidur di sofa di pejabat, dia sambung pula di surau. Sebelah malam pula sanggup ambil kerja lebih masa dengan menjadi pemandu Grab sampai lewat pagi.

“Soal nak buat kerja lain itu saya tak pernah larang, tapi sampai etika kerja jadi ‘ke laut’ hingga tak datang tepat waktunya, apa saya patut beri muka dengan orang macam ini. Banyak kesalahan dan masalah yang ditimbulkan, tapi saya cuba pejam mata. Nampak gayanya, dia cuba menguji tahap kesabaran diri.

“Daripada awal dia bersetuju nak kerja dalam tempoh jam yang panjang. Tapi dalam sepanjang tempoh itu bukan dia kena bekerja pun. Dalam seminggu pun ada kalanya dia hanya perlu datang dalam tiga atau empat hari. Kalau saya bercuti atau tiada dalam KL, tugasnya tidak diperlukan. Malah ada kalanya, Zain yang menjadi pemandu,”

– Rozita Che Wan

Selama ini, Che Ta mengakui tidak pernah berdepan masalah dengan pemandu peribadinya.

“Dulu pernah ada pemandu peribadi yang bekerja sampai 10 tahun dengan saya. Begitu juga pemandu seterusnya. Kedua mereka menunjukkan sikap yang baik dan rajin. Tapi yang kali ini, sebaliknya.

“Ingat lagi masa awal dia (Muhammad Riduan) ditemubual untuk menjadi pemandu peribadi, siap cakap … kalau tak bagus khidmatnya.. sanggup cakap tak dibayar gaji. Banyak kesalahan dan sikapnya yang melanggar etika. Tapi tidaklah sampai saya terfikir nak merakamkan atau mengambil gambar sebagai bukti. Kalau ada semua bukti sebegitu, saya rasa baru dia tahu langit ini tinggi atau rendah

“Tak terdetik langsung nak buka aib dia,”

– Rozita Che Wan

Che Ta secara peribadi menyifatkan lelaki itu seorang yang baik, namun masih terlalu muda dan belum cukup matang.

“Ketika ketika sebut kesalahannya waktu bekerja, dia sendiri mengakuinya. Dia sedar yang tak patut buat kerja lain jika ia mengganggu prestasi kerja. Dia pernah terlelap waktu tidur ketika kami dalam perjalanan ke Johor. Saya minta dia berhenti memandu dan membasuh mukanya. Dia harus fikir dengan sikapnya itu, nyawa orang lain boleh tergadai.

“Saya dan Zain pun rasa yang dia sebenarnya dihasut oleh rakan dan orang sekeliling untuk memuat naik status berunsur provokasi. Dengan cara budi bahasa dimilikinya, dia takkan tulis sebegitu,”

– Rozita Che Wan

Budiey harap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FAZLEY YAAKOB GEGAR VAGANZA 2021

Dato’ Fazley Yaakob Jelajah India Sempurna Misi Rancangan KETUHAR ANTARABANGSA

Ada Sebab Konsert Zee Avi & Njwa Ditunda Ke Bulan June