in , ,

Che Ta Kecewa Ramai Penggiat Seni Tinggalkan Tempat Duduk di Anugerah Skrin 2019

Walaupun Anugerah Skrin 2019 belum sampai ke penghujung, malam tu, kita dapat lihat ramai selebriti dan pengkarya pulang awal sebab katanya nama mereka tidak diumumkan sebagai pemenang. Ish, tak elok la macam tu.

Pelakon jelita Rozita Che Wan menempelak segelintir pengkarya dan penggiat seni yang meninggalkan tempat duduk di dewan berlangsungnya Anugerah Skrin 2019 baru-baru ini setelah nama mereka tidak diumumkan sebagai pemenang. Katanya, kalau macam tu caranya baik tak payah datang.

Betul kata Che Ta tu, bukan ke elok kalau kasi je tempat duduk tu kepada pelakon atau selebriti lain yang betul-betul nak datang bagi memeriahkan majlis. Ramai lagi kot yang nak datang dan better bagi peluang kat mereka je.

Rozita Che Wan

“Jangan datang hanya kerana mahu menang, sebaliknya ambil kesempatan itu sebagai ruang berkumpul dan menghargai setiap insan seni.

“Kita sepatutnya meraikan kemenangan teman seperjuangan dan tumpang berbangga dengan pencapaian mereka. Itu habuan mereka. Kenapa perlu tinggalkan dewan selepas tewas?,”

– Rozita Che Wan

Mengakui kecewa dan terkilan dengan sikap segelintir penggiat seni yang meninggalkan Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika kemuncak Anugerah Skrin (ASK) 2019 berlangsung, Jumaat lalu, Rozita yang mesra disapa Che Ta berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

Apatah lagi, kata pelakon Suri Katriana itu, ASK 2019 dianjurkan untuk meraikan karyawan seni yang bertungkus-lumus menghidupkan industri drama dan perfileman tempatan.

“Tindakan mereka seolah-olah tidak menghormati penganjur, pemenang yang sepatutnya diraikan, selain rakan artis yang bersusah payah berusaha memastikan acara berjalan lancar.

“Bukan selalu anugerah seperti ini dianjurkan, kenapa susah sangat beri sokongan? Jika rasa perkara itu membebankan, jangan datang.

“Beri tempat duduk itu kepada karyawan lain yang menghargai. Bukankah kalah dan menang itu adat bertanding? Jika kita sahaja mahu menang, lebih baik jangan bertanding.

“Mungkin juga mereka boleh anjurkan acara anugerah sendiri. Sendiri bertanding, sendiri menang,”

– Rozita Che Wan

Terdahulu, isteri kepada pelakon Zain Saidin itu menerusi satu muat naik di Instagram menyifatkan, persalinan kuning yang digayakannya pada malam itu mampu menutup sebahagian dewan yang kosong apabila tetamu pulang awal.

Itu belum lagi sentuh kes selebriti yang suka main telefon bimbit semasa acara berlangsung. Rasanya mereka kena tengok anugerah antarabangsa, mana ada pelakon Hollywood pegang henset masa acara Oscar atau Grammy berlangsung… haaa… ader?

Rozita Che Wan
Rozita Che Wan
Rozita Che Wan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Sarah Hildebrand Selamat Bergelar Isteri Kepada Otto Gillen

JEMSON & FARASU Opening Act Konsert Loudness di The Bee, Publika