in

Channel Youtube Psy Capai Tiga Bilion Tontonan

Bintang pop Korea, Psy telah mencipta rekod baharu apabila saluran Youtube miliknya telah mencapai tiga bilion penonton berakhir pada 14 Julai lalu.

Billboard melaporkan, kejayaan penyanyi tersebut telah menjadikan Psy individu ketiga selepas Rihanna dan Justin Bieber yang melepasi angka tersebut.

Malah single terbaharunya berjudul Gentelman menjadi video paling banyak ditonton dalam masa 24 jam iaitu 38.4 juta pada hari ia dilancarkan pada 14 April lalu.

Ia turut mencapai 100 juta tontonan dalam masa empat hari mengatasi Gangnam Style yang mengambil masa selama dua bulan untuk mencapai angka sama.

Terkini, Gentelman telah ditonton sebanyak 475 juta di laman Youtube.

psy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Chomell Fana Kecewa Dengan KRU Music?

Hafiz Hamidun Tak Jadi Pinang Wanita Indonesia