in ,

Chadwick Boseman Rahsiakan Penyakit Daripada Produksi Demi Black Panther 2

Mendiang Chadwick Boseman dikatakan telah merahsiakan penyakit kanser yang dideritainya semata-mata kerana pembikininan filem Black Panther 2.

Mengikut jadual, Chadwick yang baru-baru ini meninggal dunia akibat kanser usus akan mula menjalani penggambaran filem berkenaan pada bulan Mac tahun hadapan. Malah, seminggu sebelum menghembuskan nafas terakhir, dia yakin dapat melawan penyakit kansernya itu dan kembali mendapatkan berat badan yang sesuai untuk penggambaran Black Panther 2.

Menurut seorang peguam, Schuyler Moore, adalah wajar mending menyembunyikan penyakitnya itu kerana produksi sendiri tidak memerlukan sebarang laporan perubatan bagi keperluan untuk insurans.

“Studio (produksi) besar jarang memerlukan laporan perubatan (untuk urusan insurans) dan biasanya perkara ini lebih kepada pembikinan filem indie.

“Adakalanya studio besar akan memerlukan insurans untuk pelakon tertentu dan mempunyai alasan mengenainya. Jika tidak, studio akan menanggung risiko (sakit dan kematian),”

– Schuyler Moore

Semasa hidup, Chadwick memang merahsiakan daripada ramai tentang penyakit yang dihidapinya sejak empat tahun lalu. Selain keluarga, hanya rakannya iaitu Logan Coles dan ejenya Michael Greene yang mengatahuinya.

Sebelum ini, pengarah Ryan Coogler mengakui kagum dengan mendiang ketika bekerjasama dalam filem Black Panther kerana memberikan komiten yang maksimum.

“Kami sering berbual tentang warisan dan apa ertinya menjadi orang Afrika. Ketika menyiapkan filem dia merenungkan setiap keputusan dan pilihan, bukan hanya sekadar mencerminkan dirinya, tetapi bagaimana keputusan itu memberikan impak,

– Ryan Coogler

Pelakon berkenaan meninggal dunia pada 28 Ogos lalu dengan dikelilingi isteri dan keluarga tercinta di rumahnya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

*Sumber: KopiPlanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Templat Pemasaran iPhone 12 5G Bocor, Bakal Dilancarkan Mulai Oktober

Ibu Sandra Dianne Rayu Orang Ramai Pulangkan Telefon Bimbit