in , , ,

Cenderehati Akademi Fantasia 5 Sebagai Kenangan

Akademi Fantasia musim ke-5 sudah pun berakhir. Segalanya hanya tinggal kenangan. Kepada pembaca yang sudi membaca coretan saya tentang program realiti TV nombor satu Malaysia ini, saya ucapkan berbanyak terima kasih.

Juga kepada semua pembaca yang sudi menulis komentar mereka di ruang komen. Saya begitu menghargai jasa baik anda.

Pada saya, kenangan pahit dan manis sepanjang AF5 berlangsung tetap akan disimpan di lubuk hati. Sekalung terima kasih juga kepada kelab peminat yang sudi menjemput saya ke majlis dan acara anjuran mereka. Anda sememangnya rawks!

Terbaru, pada 1 Jun (Jumaat) yang lalu saya menerima undangan makan malam bersama Shawal di Restoran Sundanese KLCC sempena pelancaran portal Shawal FC. Juga dihadiri oleh penulis blog aliran hiburan popular tanahair iaitu, Klubbkidd, Mrmanager, sultanmuzaffar, Ajami dan Juandanza.

Saya terkilan kerana tidak dapat mengikuti Shawal berchatting dengan peminat di portal tersebut yang dibuat di The Coffee Beans kerana terpaksa ke Movie Day Out With Aizat menonton filem Shrek The Third.

Foto-foto dan corat-coret sepanjang dua acara ini akan menyusul selepas ini. Tunggu!

Antara T-shirts yang dihadiahkan sebagai cenderahati oleh kelab peminat Aizat, Dafi dan Heliza.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Kejutan SO YOU THINK YOU CAN DANCE

Tentang Program Jangan Tidur Lagi, Azwan Ali & Adlin Aman Ramli