in ,

Celcom & Ericsson Menaiktaraf Rangkaian LTE

Celcom Axiata Berhad telah menjalin kerjasama dengan Ericsson (NASDAQ: ERIC) untuk memperluas dan menaiktaraf rangkaian LTE Celcom di Malaysia.

Dalam perjanjian tersebut, Ericsson akan menyediakan (Radio Access Network) daripada portfolio Sistem Radio Ericsson (Ericsson Radio System – ERS) miliknya untuk membantu Celcom memenuhi permintaan perkhidmatan data yang semakin meningkat di Malaysia. Perkakasan RAN Ericsson juga akan membantu menyediakan platform untuk Celcom memperkembangkan rangkaiannya kepada 5G pada masa akan datang. 

Celcom

“Kami sentiasa berada mendahului dalam menyediakan pelanggan kami dengan pengalaman data yang terbaik, dan terus komited dalam memastikan evolusi rangkaian kami dengan teknologi terkini. Kerjasama strategik ini bukan sahaja akan membantu kami memperluaskan liputan LTE kami, tetapi juga membina asas untuk kami melancarkan perkhidmatan 5G. Kami akan terus memacu inovasi teknologi di Malaysia bagi menyediakan perkhidmatan terkini, dan membolehkan Malaysia bersaing dalam ekonomi digital.”

Mohamad Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad

Celcom Jalin Kerjasama Dengan Ericsson Bagi Memperluas Dan Menaiktaraf Rangkaian Lte Di Malaysia  

Baru-baru ini, Ericsson mengumumkan kesemua produk radio dalam portfolio ERS miliknya yang terrsedia sejak tahun 2015 akan dapat menyokong NB-IOT dan keupayaan 5G New Radio (NR). Evolusi rangkaian ini didorong oleh permintaan bagi penambahbaikan pengalaman pengguna dan operasi rangkaian yang lebih efisyen dari segi kos.

Sistem Radio Ericsson akan memudahkan pengendali rangkaian seperti Celcom untuk mengaktivasi teknologi seperti NB-IOT, 5G dalam rangkaiannya dan mengambil langkah awal dalam mengkomersilkan keupayaan 5G dan aplikasi terkini, dengan bersandar kepada perkhidmatan jalur lebar mudah alih yang termaju. Perisian rangkaian radio 5G/IOT terus melengkapi pelbagai teknologi sokongan jalur asas dan radio yang telah dilancarkan oleh Ericsson. 

“Kami telah bekerjasama dengan Celcom dalam tempoh yang lama, dan kami amat berbesar hati untuk menyokong syarikat tersebut dalam memperluas dan menaiktaraf rangkaian LTE miliknya di seluruh Malaysia. Ia akan membolehkan Celcom menyediakan pengalaman pelanggan yang lebih baik untuk jutaan rakyat Malaysia, di samping menyediakan rangkaiannya bagi evolusi 5G.” 

Todd Ashton, Ketua, Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh

Ericsson Sediakan Perkakasan RAN Daripada Portfolio ERS

Pada tahun 2017, Ericsson dan Celcom telah melaksanakan percubaan rangkaian 5G yang pertama di Malaysia sekaligus memacu evolusi teknologi telekomunikasi negara ini. Ia merupakan percubaan 5G yang pertama dijalankan dengan jalur 28GHz di Asia Tenggara. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Shopping di GEGARMall

Celcom Offers 100,000 Free Phones For 101 Days!