in , ,

Cat Farish Selamat Bernikah Lagi, Inilah Pekerjaan Isteri Dia, Ada Siapa-Siapa Berani Kacau?

Dengan sekali lafaz, anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish telah selamat bergelar suami kepada pasangannya, seorang pereka fesyen, Suriani Hassan pada 10 pagi Jumaat. Majlis pernikahan pasangan itu dilangsungkan di Pusat Dakwah Islamiah, Senawang, Negeri Sembilan yang hanya dihadiri bapa kepada Cat dan Suriani serta saksi.

TIADA angin tiada ribut, anggota kumpulan Ruffedge iaitu Cat Farish selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangan pilihannya yang dikenali sebagai Suriani Hassan, 34, kira-kira pukul 10 pagi Jumaat. Cat atau nama sebenarnya Farrish Zaquan, 46, meluahkan rasa syukur apabila majlis yang diadakan di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Senawang, Negeri Sembilan itu berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah… saya bukan lagi bujang hari ini. Saya sudah sah bergelar suami isteri. Sekarang inilah isteri abang, ada siapa-siapa berani kacau?

CAT FARISH KAHWIN

Cat turut berkongsi momen sepanjang majlis pernikahannya menerusi IG Live.

“Saya syorkan buat akad nikah di Pusat Islamiah ini, mudah sangat urusan dan kad kahwin pun terus dapat. Tak perlu tunggu 14 hari seperti pasangan lain,” katanya.

Penyanyi lagu You Dan Ysukuku itu turut berkongsi momen sepanjang majlis pernikahan mereka menerusi siaran langsung Instagram (IG Live).

Cat yang kelihatan bersahaja dan tidak henti-henti melayan peminat mengakui berasa gementar saat di dalam bilik khas pernikahan mereka itu.

Menerusi video tersebut, Cat turut menunjukkan kad dan sijil perkahwinan mereka selepas selesai majlis akad nikah yang hanya dihadiri saksi dan ahli keluarga terdekat.

Sekarang, inilah isteri abang, ada siapa-siapa berani kacau?

Cat Farish Selamat Bernikah Lagi, Inilah Pekerjaan Isteri Dia, Ada Siapa-Siapa Berani Kacau?

Cat atau nama sebenarnya Farish Zaquan Ramli, 46, meluahkan rasa syukur biarpun majlis pernikahannya berlangsung ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sepanjang proses tiada masalah dan kami ada meminta nasihat daripada pihak berkuasa sebelum melangsungkan majlis. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

“Ada kebaikan dan kesedihannya, misalnya malam berinai tak ramai yang boleh datang, majlis nikah pun kami empat beranak saja tapi kebaikannya saya terus boleh dapat sijil dan kad nikah.

“Insya-Allah selepas ini akan ada kenduri dan resepsi, sama ada lagi enam bulan atau setahun memandangkan urusan tempahan dewan tidak boleh dibatalkan. Jadi, kami memutuskan untuk pilih tarikh lain… Kalau tiada aral juga kami merancang untuk majlis sarung cincin pada akhir bulan Disember nanti,” 

Difahamkan keluarga Cat sebelum ini telah menghantar rombongan merisik pada 20 September lalu.

Dalam pada itu, Cat ketika dihubungi mStar memberitahu dia mula mengenali isterinya sejak empat tahun lalu dan mereka mengambil keputusan untuk bercinta selepas kahwin.

Cat Farish Selamat Bernikah Lagi, Inilah Pekerjaan Isteri Dia, Ada Siapa-Siapa Berani Kacau?

Isteri Seorang Pereka Fesyen

“Isteri saya bekerja sebagai pereka fesyen dan baju kahwin serta baju keluarga semuanya dia yang buatkan. Kami dah kenal selama empat tahun dan berkawan saja sepanjang tempoh itu tapi hari ini kira official kami bercinta.

“Kami nak bercinta selepas kahwin sebab bagi saya, ia sesuatu yang mulia. Penerimaan anak-anak mula itu agak emosi tapi bekas isteri dan suaminya banyak bantu saya sehingga anak-anak boleh terima.

Cat dan isterinya, Suriani Hassan.

“Alhamdulillah… sekarang isteri saya ada hubungan yang sangat baik dengan anak-anak dan juga bekas isteri saya,” katanya kepada mStar.

Cat Farish Selamat Bernikah Lagi, Inilah Pekerjaan Isteri Dia, Ada Siapa-Siapa Berani Kacau?

Dalam pada itu, ruang komen di perkongsian foto Cat bersama isterinya dipenuhi dengan ucapan tahniah dan doa daripada netizen.

Cat Farish pernah mendirikan rumah tangga bersama Hartiny Ramli namun mereka berpis4h pada April 2016.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 14, Eva Latheefa, 11 dan Qul Iskandar, 10.

Berikut Sedikit Info Mengenai Cat Farish

Farish Zaquan bin Ramli atau lebih dikenali sebagai Cat Farish (dilahirkan pada 12 Julai 1974) merupakan seorang pemuzik, penyanyi, pelakon, penulis lagu, penyanyi rap, penerbit rakaman Malaysia dan salah seorang daripada anggota asal kumpulan Ruffedge.[1] Beliau mengasaskan Ruffedge pada 1997 dan merupakan penyanyi rap bagi kumpulan ini. Beliau kemudiannya mewujudkan kumpulan muziknya sendiri, The Fabulous Cats pada 2006 dan Tiga Swagger pada 2014. Beliau turut menulis lagu dan terbabit dalam beberapa projek yang melibatkan artis baru seperti FO3, Nabil, Sedozen, Moleq dan Caprise N Noa. Beliau turut memiliki sebuah studio muzik di Kuala Lumpur.

Di luar bidang muzik, beliau juga bergiat aktif dalam bidang lakonan dan telah membintangi beberapa filem termasuk Remp-It (2006), Impak Maksima (2007), Jangan Pandang Belakang Congkak (2009) dan Coverina (2015) serta telah membintangi beberapa drama TV termasuk Gerak Khas.

Kerjaya

Cat Farish merupakan salah seorang daripada anggota asal kumpulan Ruffedge sewaktu penubuhannya pada 1998, bersama-sama dengan tiga ahlinya yang lain termasuk Azan Addin, Zain Hamid dan Mode. Beliau bersama rakan-rakan Ruffedge muncul dalam lagu nyanyian kumpulan Too Phat, “Too Phat Baby” yang dimuatkan dalam album sulung Too Phat, Whuttadilly?! (1999) serta lagu “Tell Shorty” (turut menampilkan kumpulan VE) dari album ketiga kumpulan itu, 360° (2003).

Pada 2002, mereka bersama kumpulan VE melancarkan album Extreme Pleasure yang diterbitkan oleh The Promise Clan dan Positive Tone dan diedarkan oleh EMI Music Malaysia, Ruffedge diperkenalkan menerusi single sulung mereka “Tiada Lagi Cinta” menampilkan kumpulan hip hop Singapura, Urban Xchange. Pada 2003, album Extreme Pleasure Extra dikeluarkan dengan penambahan beberapa lagu baru termasuk “Saat Bahagia” dan “Khayalan” (dipopularkan oleh kumpulan Black Dog Bone). Amer Munawer menyertai Ruffedge pada tahun yang sama.

Selepas pemisahan antara VE dan Ruffedge, Ruffedge membawa haluan sendiri dengan melancarkan album pertama mereka Defined pada Mac 2004. Cat mencipta dan menulis kebanyakan lagu nyanyian Ruffedge di dalam album Defined, lagu “Tipah Tertipu” dikeluarkan pada single pertama. Antara lagu-lagu Ruffedge yang menampilkan nyanyian rap oleh Cat termasuk “Tipah Tertipu”, “Aura”, “Kerna” dan “Da’ Bomb”. Pada 2005, album kedua kumpulan ini, Ruffera dikeluarkan dengan kemasukan Syed Hussein sebagai ahli baru menggantikan Mode yang mengundurkan diri kerana komitmennya pada keluarga dan kerjayanya.

Pada April 2006, Cat mengumumkan pengundurannya daripada Ruffedge kerana komitmen lain dan situasi di luar kawalannya.

Pada Mei 2015, beliau dilaporkan bakal menghidupkan semula Rufedge dengan menyatukan semua barisan ahli asal kumpulan ini termasuk beliau sendiri

Cat kemudiannya menyatakan keterujaannya kembali bersama Ruffedge.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dr Halina, Isteri Dr Sheikh Muszaphar Selamat Bersalin Anak Kembar Lelaki & Perempuan

Malam Pertama Merangsangkan, Lagu HATI Hael Husaini Dijulang Lagu Terbaik SFMM35