in , ,

Carta Kedudukan & Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 6 Minggu Pertama

Dengan jumlah markah 84.67%, Jatt mencuri tumpuan menerusi aksinya mengembalikan semula nostalgia kegemilangan menerusi lagu Cahaya Aidilfitri dan Khayalan.

Kedudukannya diintai penyanyi Hady Mirza di tempat kedua menerusi persembahan lagu Angkasa, dengan pungutan markah sebanyak 74.33%.

Istimewanya, Wann yang menduduki tangga ketiga berkongsi jumlah markah yang sama dengan Hady.

Turut memberikan saingan, penyanyi Naqiu Boboy yang mempertaruhkan ‘Episod Cinta’, Mazleela (Tabah), Sham Visa (Dalam Gerimis), Noorshila Amin (Rambu Ramba), Ameer Sofazr (Janjiku), Kool (Bebas), Roy (Ratnaku), Feeza (Ungkapan Kata Bernafas Cinta), Nur Fatima (Selembut Sutera) dan One Nation Emcees (Anak Kampung).

Persembahan para peserta dihakimi sepenuhnya oleh barisan juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, bersama Ella selaku juri jemputan.

Di bawah merupakan kedudukan dan keputusan markah penuh para bintang berdasarkan penilaian juri.

CARTA KEDUDUKAN DAN MARKAH PESERTA KONSERT GEGAR VAGANZA 6 (2019) MINGGU 1

1. Jatt Ali – Cahaya Aidilfitri & Khayalan (84.67%)

Tahniah buat Jatt Ali yang telah mengungguli persaingan konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) minggu pertama dengan jumlah markah 84.67%, beliau mencuri tumpuan menerusi aksinya mengembalikan semula nostalgia kegemilangan menerusi lagu Cahaya Aidilfitri dan Khayalan. Dua lagu dipersembahkan secara medley. Tapi nak cakap, mulanya tu, Budiey memang tak jangkakan sangat Jatt akan nyanyi lagu Cahaya Aidilfitri sebab tak sesuai dengan masa. Ye lah kan, raya kan lambat lagi. Tapi minggu pertama adalah minggu pengenalan. Bila letak je lagu Cahaya Aidilfitri tu, kompem akan menarik penonton. Penonton akan buka mata. Barulah mereka tahu siapa penyanyi lagu raya ni yang berkumandang setiap tahun. Mungkin penyanyi kita tak tahu sape, kan? Okay part Lagu Khayalan tu pulak, Budiey rasa satu pilihan yang terbaik sebab penonton pun dapat nyanyi sama-sama. Dari segi vokal, Jatt memang power, tak padan dengan usianya yang mana dia antara yang paling senior dalam ramai2 peserta. Budiey sempat menemubual Jatt selepas konsert. nanti you gais boleh check balik kat Youtube Budiey Channel ni. 

2. Hady Mirza – Angkasa (74.33%)

Kedudukan Jatt diintai penyanyi Hady Mirza di tempat kedua menerusi persembahan lagu Angkasa, dengan pungutan markah sebanyak 74.33%. Ramai terkejut sebab Hady dapat tempat kedua. Budiey pun rasa macam tu. Sebab persembahan dia sangat sederhana dan biasa-biasa je. Dari segi vokal pun dia nampak berjaga-jaga tapi tak dinafikan Hady ni memang ada vokal yang bagus. Dari segi kawalan vokal dan pernafasan pun baik. Yang penting ada feel. Ya, yang tahu lagu ni akan rasa perasaan yang nak disampaikan tu sampai ke hati mereka. Lagu ni pun tak biasa dengar sebenarnya. Mungkin peminat Hady di Singapura tahu dan anggap lagu ni sebuah lagu nostalgia. Ramai yang jangkakan Hady ni akan ke final, Sama-sama kita tengok nanti ya.

3. Wann – Bossanova (74.33%)

Istimewanya, Wann yang menduduki tangga ketiga berkongsi jumlah markah yang sama iaitu 74.33% dengan Hady. Wow! Dalam pada kena kritik kaw kaw oleh Ibu Hetty yang mana dia komen persembahan vokal Wann ada elemen sensual, terlalu seksi dengan suara ehem ehem.. Ibu Hetty suruh Wann buang ahak-ahak tu… korang boleh dengar balik Ibu Hetty siap buat demonstrasi masa dia komen secara live. Aku masa dengar kritikan Ibu Hetty tu, risau gak takut Wann down, Wann akan sedih, jatuh semangat dengan kritikan Ibu Hetty. Rasanya, Ibu Hetty tak study siapa Wann sebenarnya. Dia patut tahu itu adalah trademark, itu signature Wann… gaya, stail dia bawa lagu memang macam tu. Imej meneran dengan Wann tak boleh dipisahkan. Satu lagi, Budiey rasa lagu ni tak sesuai untuk Wann nyanyi kat GV. Sebab banyak lagi lagu Wann yang power-power dan dapat menguji vokal Wann. Tapi tak pe lah, tempat ke-3. Haa not bad kan? Apa pendapat korang pulak? Haa, tulis kat ruangan komen, okay?

4. One Nation Emcees – Anak Kampung (73.67%)

Dalam grup ni, Budiey nak tengok part Mimi tunjuk taring dia je, walaupun selalu tengok dan jumpa Mimi ni, maksud aku, Mimi ni kira daya tarikan sebab dia punya part rap ke, part dia nyanyi ke, orang nak tengok. Lagu Anak Kampong memang semua orang tahu dan hafal sebab lagu ni catchy dan pernah trending dulu-dulu. Dari segi persembahan tarian dan showmanship pulak, One Nation Emcees memang gempak. Tak nampak berterabur sangat. Harmoni pun kemas. Masing-masing memegang peranan. Masing-masing tahu kelebihan mereka kat mana. Rasanya ramai penonton nak tengok kemasukan semula Sabhi Saddi dalam ONE, macamana kemistri diorang masih boleh on ke onz. Sabhi Saddi ganti Zaidee yang tak dapat join GV sebab ada komitmen lain. Budiey tak sempat nak temubual ONE malam tu, cuma sempat bersalam dengan Kozae dan Jojo Fly. Lama giler tak jumpa Jojo dan Kozae. Masa diorang tengah naik dulu masa join Gangstarz, pernah gak interbiu diorang ni. Minggu depan, ONE akan nyanyi lagu Raja Gelek (One Nation Emcees).

5. Sham Visa – Dalam Gerimis (73.33%)

Sham Visa ni kiranya salah satu daya tarikan dalam Gegar Vaganza, dia penyeri dalam GV, ramai nak tengok kemunculan pertama dia. Kalau sebelum ni ada Zarul Umbrella. Kali ini kita ada Sham Visa. Sham Visa nyanyi lagu Dalam Gerimis dan berjaya mendapat 73.33% dari juri. Overall, Budiey suka persembahan Sham Visa. Not bad. Dia tak payah nak beriya-iya untuk ajak penonton sing along sebab semua turut nyanyi dalam hall malam tu. Khabarnya, lagu tu diturunkan key, tak ikut key asal. Kelebihan Sham Visa ni, dia pandai menghayati lagu ni. Jadi feel tu sampai. Suara pulak macho. Sesuai nyanyi lagu romantik. Pitching pun kemas. Cuma takde interaksi dengan penonton, mungkin sebab dia masih segen-segan malu malu lagi, maklumlah dia hidup banyak dihabiskan di pelantar minyak selama 12 tahun tak silap. Dengan TV takde internet pun terbatas. Budiey ada menemubual Sham Visa, you gais boleh tengok kat channel ni. Minggu depan, Sham Visa akan nyanyi lagu Untukmu Selamanya (Visa). Menurut kata Sham, lagu ni paling popular yang memperkenalkan kumpulan Visa. 

6. Roy – Ratnaku (66.33%)

Semua orang tahu, Roy ada banyak pengalaman menyanyi. Roy pernah digelar Lionel Ritchie Malaysia. Dari pentas besar, dia turun ke shopping mall dan sanggup jadi penyanyi jalanan. Untuk lagu ni, sebuah lagu pengenalan untuk Roy. Malam tu, Roy pakai baju dengan biru terang. Baju ni mengingatkan Budiey dengan persembahan Roy masa Anugerah Juara Lagu tahun 1993 dalam kategori Pop Rock. Stail rambut dia pun tak berubah. Dalam GV, Roy bawak dengan baik. Suara dia maintain dan makin matang. Range vokal dia besar, bulat dan sebutan dia sangat jelas. Orang lama menyanyi maamana pulak kan. Cuma dari segi stylish, Budiey nak tengok Roy pakai baju yang lain pulak, jangan la pulak kasi dia pakai sut setiap minggu, ye dok? Minggu depan, Roy akan nyanyi lagu Jerat (Harvey Malaiholo). Lagu ni sesuai dengan suara Roy. Gerenti dia boleh buat yang best punya. 

7. Nurfatima – Selembut Sutera (62.33%)

Bila perhati betul-betul, Nur Fatima ni mungkin neves sangat kot masa kat stage. Neves ni benda biasa tapi terlebih neves boleh mengganggu persembahan, kan. Boleh nampak Fatima macam berjaga-jaga bawak lagu ni. Lagu SELEMBUT SUTERA ni pada aku sebuah lagu best, dalam banyak-banyak lagi malam tu, lagu ni paling banyak part merintih dia. Sebab lagu sedih.. may be la. Kalau kena cara, Nur Fatima boleh bawak lagi best kot lagu ni sebab lagu ni adalah lagu dia cari makan. Tona suara Fatima dengar sangat best. Cabaran lagu ni pada aku adalah aliran lagu ni sangat dinamik… jadi nak tak nak Fatima kena pandai kawal suara dia terutama masa part corus tu, nada dia tinggi dan Fatima kena mendaki naik naik suara dia tu. Fuh, kita pulak tengok seriau sebab boleh ke Fatima sampai note lagu ni. Rasanya Fatima guna key asal. Untuk Fatima, minggu depan kena buat lagi best, untuk lagu TERLALU CINTA nyanyian asal Rossa. 

8. Naqiu Boboy – Episod Cinta (61%)

Naqiu… jugak antara daya tarikan GV tahun ni. Aura dia macam aura Zamani tahun lepas. Tapi kisah Naqiu lain sikit dari Zamani. Okay untuk lagu Episod Cinta, Zamani… eh zamani pulak… persembahan Naqiu lebih matang. Suara dia pun dah lain. Ye la sekarang umur dah 33 tahun. Dulu suara dia memang la budak-budak. Tona suara dia serak-serak basah dan garau semacam. Sesuai la bawa lagu rock. Feel Naqiu pun bagus. Cuma lepas ni, Naqiu kena tukar stail rambut tu sebab Budiey rasa macam tak sesuai. Minggu depan Naqiu akan nyanyi lagu Meraung nyanyian asal New Boyz. Lagu ni best ni. Naqiu kena kasi kaw kaw.. kasi penonton nangis sebab lagu ni lagu sedih sebenarnya. 

9. Ameer Sofazr – Janjiku (59%)

Tempat ke-9, Amer Sofazr dengan 59%. Ramai kata Amer ni di bawah par. Tapi rasanya, rata-rata peserta untuk GV kali ini sekata. Setakat ni, Budiey tak nampak lagi siapa akan jadi juara. Korang rasa macamana pulak? Okay, Malam tu, Amer Sofazr macam tak all out. Dia kena kasi kaw kaw sebenarnya. Dia tak lepas semua. Mungkin Amer masih nak simpan-simpan. Dari segi fizikal Amer dah nampak berisi sikit dengan imej botak. Tapi suara dia maintain. Serak serak basah macam dulu. Minggu depan, Amer akan nyanyi lagu sendiri bertajuk DAN BILA ESOK. 

10. Feeza – Ungkapan Kata Bernafas Cinta (56.67%)

Lagu ni susah gak wooo. Ada part nada tinggi jugak… Bak kata Tok Ram la , masalah utama Feeza, dia nyanyi ke belakang. Maksudnya, Feeza biar muzik tu jalan dulu… so, jadi tak sekata dengan muzik la ek. Kata Tok Ram lagu, kalau buang muzik, persembahan vokal okay dah.  Minggu depan, Feeza  akan nyanyi lagu Cinta Tersimpul Rapi (Anis Suraya).

11. Kool – Bebas (55.33%)

Perghhh Kool. Dia kena lawan One Nation Emcees dari segi tarian. Tarian kena lebih berbisa lagi, lebih up to date dari segi step. Dari segi vokal okay. Cuma bila kena nyanyi dalam masa yang sama kena menari memang kena ada stamina. Bila kurang stamina tu, akan ada masalah pada pernafasan. Dengar kat TV tercungap cungap. Minggu depan Kool akan nyanyi sebuah lagu Ning Baizura berjudul Kau Dan Aku.

12. Noorshila Amin – Rambu Ramba (54%)

Noorshila Amin dapat tempat ke-12 dengan mengumpul mata sebanyak 54%. Nyanyi lagu Rambu Ramba, sebuah lagu rancak jugak. Dia kena jaga stamina juga sebab dengar tau suara termengah-mengah. Yang penting, masa part Noorshila Amin ajak peminat untuk nyanyi. Kat situ bagus sebab ada interaksi bersama penonton. Lagu ni meriah, ada warna dia tersendiri. Dia bagus sebab mengambil elemen ini untuk menunjukkan kemahiran untuk jadi entertainer. Minggu depan, Noorshila Amin akan nyanyi lagu Kad Ucapanmu (Noorshila Amin).

13. Mazleela – Tabah (46.67%)

Kelemahan Bak kata Ibu Hetty, vokal bagus tapi banyak sekali part yang flat. Mendatar. Kena berlatih untuk mendengar muzik latar. Nak tak nak Maz kena kasi kaw kaw minggu kedua nanti. Lagu minggu depan, Maz kena nyanyi lagu Ramlah Ram – Apa khabar Sayang. 

Naqiu Boboy dipilih sebagai pemenang anugerah ‘Artis Cili Padi Paling Power’ hasil pilihan juri. Pemilihan berdasarkan bintang paling menyerlah yang berjaya memberikan persembahan terbaik.

Dengan itu, Naqiu menerima hadiah istimewa RM3,000 dan bekalan produk Adabi bernilai RM500.

GV6 kelolaan Nabil Ahmad dan Jihan Muse, bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria pada setiap Ahad, jam 9 malam.

Senarai Lagu Konsert Gegar Vaganza 2019 Minggu 2: 

Naqiu Boboy – Meraung (New Boyz)

Mazleela – Apa Khabarmu Di Sana (Ramlah Ram)

Wann – Lamunan Terhenti (Wann)

Sham Visa – Untukmu Selamanya (Visa)

Noorshila Amin – Kad Ucapanmu (Noorshila Amin)

Ameer Sofazr – Dan Bila Esok (Sofazr)

Kool – Kau Dan Aku (Ning Baizura)

Roy – Jerat (Harvey Malaiholo)

Feeza – Cinta Tersimpul Rapi (Anis Suraya)

Nur Fatima – Terlalu Cinta (Rossa)

Hady Mirza – Demi Cinta (Ezad Lazim)

Jatt – Dulu Dan Sekarang (Black Dog Bone)

One Nation Emcees – Raja Gelek (One Nation Emcees)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Lagu Tugasan Minggu Ke-2 GEGAR VAGANZA 2019: LAGU CARI MAKAN

Peraduan Menonton Filem Disney’s Maleficent: Mistress of Evil