in ,

Cara Untuk Beli Tiket Konsert Wings Versi Tanpa Distortion

WINGS ‘VERSI TANPA DISTORTION’ persembahan berkonsepkan retrospektif akustika yang menampilkan Awie (vocal), Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (drums),

WINGS juga akan bersama beberapa orang pemuzik profesional sebagai pemuzik undangan iaitu Lee Sze Wan (piano), Hillary Ang (gitar), Edrie Hashim (gitar), Mozihan Tukimon (gitar), Izat (perkusi) dan 3 orang penyanyi latar.

WINGS ‘VERSI TANPA DISTORTION’
8 JUN 2014
JAM 8.45 MALAM
DEWAN PLENARI, PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)

Konsert Wings Versi Tanpa Distortion di Putrajaya

Persembahan kali ini agak istimewa kerana bersempena dengan pelancaran album studio mereka yang ke 17 iaitu ‘MENAKLUK KOSMOS’ pada pertengahan Mei 2014. WINGS akan membawakan hampir 18 buah lagu lagu popular mereka dan lagu lagu rock popular sekitar dekad 80an dan 90an dalam rendisi mereka sendiri pada konsert selama 120 minit ini.

Dengan Dewan Plenari, PICC bertaraf antarabangsa yang mampu memuatkan sehingga 2,500 penonton, ruang letak kereta percuma dan beberapa kemudahan sampingan yang lain, konsert WINGS ‘VERSI TANPA DISTORTION’ akan melakar satu lagi sejarah didalam karier WINGS yang bakal anda saksikan.

Cara Untuk Beli Tiket Konsert Wings Versi Tanpa Distortion

Tiket tiket untuk persembahan konsert WINGS ‘VERSI TANPA DISTORTION’ di PICC pada 8 Jun 2014 adalah seperti berikut :

RM 99.00 | 149.00 | 199.00 | 249.00 | 299.00
Pembelian secara ‘online’ di : www.ezitix.net
Untuk tempahan melalui telefon, sila hubungi talian : 03 – 8887 6000

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi melalui email : [email protected]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Bertemu Dengan K-Pop Superstars MBLAQ

Wali Band Pilih Malaysia Lancar Album Doain Ya Penonton