in

Cabaran Seterusnya Menanti Finalis Da’i

CABARAN SETERUSNYA MENANTI FINALIS DA’I!

Program realiti Da’i minggu kelima telah menyaksikan finalis Mohamad Shazwan Bin Zakaria tersingkir dari meneruskan persaingan minggu seterusnya. Manakala satu lagi kejutan dari episod Da’i minggu lalu adalah apabila finalis Khairul Amar Bin Samsuri telah menarik diri dari meneruskan perjuangannya kerana berdepan dengan komitmen peribadi yang tidak dapat dielakkan. Namun, langkah buat sembilan lagi finalis Da’i harus diteruskan demi sebuah perjuangan!

Semasa pengacara mengumumkan nama finalis yang tersingkir

Cabaran demi cabaran telah diberikan kepada finalis Da’i. Bagi pusingan cabaran minggu lalu yang diberi nama “Ziarah Kasih”, peserta Da’i dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Mahligai Jiwa dan kumpulan Seindah Kasih. Menerusi tugasan Ziarah Kasih ini, setiap kumpulan akan mendapat sebuah keluarga angkat dimana mereka perlu membantu keluarga ini dari sudut keperluan harian, pakaian serta berkongsi pengisisan ilmu. Dua buah keluarga yang dipilih pada episod kali ini adalah keluarga Encik Buang Bukhari serta keluarga Encik Zam Zam. Lokasi tugasan kali ini adalah di Taman Perumahan Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor.

Syarat utama tugasan kali ini adalah setiap kumpulan harus mengadakan satu sesi tazkirah melalui apa cara sekalipun. Sekiranya kumpulan tertinggal atau tidak melakukan sesi tazkirah ini, markah untuk penilaian juri akan ditolak. Juri jemputan kali ini yang membantu proses penilaian bagi tugasan minggu ini merupakan seorang pendakwah bebas iaitu Ustazah Asni Mansor.

Penerbit Da’i, Shukri Hj Ibrahim berkata, “Mengenai tugasan minggu lalu yang diberi nama ‘Ziarah Kasih’, kesemua finalis diberi peluang untuk mendekati dua buah keluarga yang memerlukan bantuan sambil mendengar masalah serta memberi semangat menerusi sesi tazkirah. Kumpulan tidak hanya perlu membantu keluarga ini dari sudut fizikal sahaja seperti makanan ataupun keperluan harian, namun mereka juga boleh melihat aspek yang lebih mendalam bagi mengeratkan lagi tali silaturahim diantara mereka dan juga keluarga angkat masing masing.”

Da’i menampilkan Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin sebagai pengacara program untuk musim ini. Sementara itu, beliau turut ditemani dua rakan seperjuangan iaitu Mohd Zhafran Mohd Zainuldin dan Muhamad Hilmi Idris yang bertindak mengendalikan segmen khas mingguan. Manakala panel juri tetap pula menampilkan salah satu ikon pengacaraan yang tidak asing lagi iaitu Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail bersama Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie yang bertanggungjawab menilai keterampilan semasa peserta dan pemarkahan berdasarkan tugasan yang diberikan.

Juara Da’i bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM50, 000. Siapakah yang akan dinobatkan sebagai juara sulung program Da’i? Ikuti program realiti Da’i yang disiarkan secara langsung dari Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam pada setiap hari Sabtu jam 6.00 petang hingga 7.00 petang. Penonton yang terlepas menyaksikan episod mingguan Da’i boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my. Sila layari www.tv3.com.my/dai dan akaun Twitter rasmi Da’i iaitu @DaiTV3 serta Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

Juri Da'i Tuan Haji Zainal Ariffin Ismail, Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie & Ustazah Asni Mansor

Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin sebagai pengacara program Da'i

Finalis yang tersingkir minggu ini, Mohamad Shazwan Bin Zakaria

Da'i (1)

Da'i (5)

Da'i(9)

Da'i(10)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Finalis Pertandingan Pencarian Bakat Mimpi Ke Bintang

Konsert Wings Rockestra di Istana Budaya