in ,

Sincerelybyus Lantik Diana Danielle Jad Muse Kempen Busana Raya 2015

Setelah 4 tahun menjadi pelopor butik berkonsepkan vendor, kini Jenama Butik Sincerelybyus yang terkenal dengan produk selendang dan tudung tersendiri melangkah satu tapak ke hadapan dengan memperkenalkan koleksi rangkaian jubah khas untuk lebaran tahun ini.

Diana Danielle

Menjadi istimewa lagi apabila selebriti tanah air Diana Danielle dilantik menjadi ‘muse’ untuk kempen Lebaran Raya Sincerelybyus 2015. Satu majlis pelancaran telah diadakan di Bason by Seri Keningau, Shah Alam dimana koleksi rangkaian jubah tersebut di pamerkan. Sebanyak 4 rekaan jubah dipertaruhkan dan diserikan lagi dengan pilihan rona rona yang menarik daripada rona pastel ke rona gelap.

“Elegance is inexpensive and for everyone”, itulah perkataan yang tepat untuk menghuraikan tentang koleksi jubah Sincerelybyus x Diana Danielle ini. Menurut pengasas butik Sincerelybyus, Noor Inora Putri Noorzainy, beliau mahu mengekalkan elemen mampu milik pada kesemua produk yang dikeluarkan oleh butik beliau termasuk juga pada rangkaian jubah ini dan pada waktu sama tanpa mengabaikan aspek kualiti fabrik , jahitan dan juga rekaan.

Koleksi Jubah Sincerelybyus x Diana Danielle ini berharga dari RM149-RM169 dan boleh didapati di tiga cawangan Sincerelybyus Bangi, Johor Bahru , Shah Alam serta di website pada bulan Ramadhan akan tiba.

Diana Danielle

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Electronics Voted Best Brand in Asia in 2015

Rumah ZERO Terbakar Sebelum Ramadan