in

Busana Tradisional Melayu di e-Store OOH.com.my

Jenama e-Store OOH.com.my menampilkan Pakaian Busana Tradisional Melayu yang Menarik dan Eksklusif – Promosi Sempena Hari Raya Aidiladha

OOH! adalah jenama online terbaru yang dapat memenuhi citarasa wanita yang gemarkan kehalusan jahitan tangan sulaman dan manik pada busana baju kurung dan kain – dengan harga yang amat berpatutan bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

OOH! menampilkan OOH! Kurung, OOH! Kain dan OOH! Jubah, dimana pelbagai produk boleh didapatkan bagi kedua-dua kategori. Semua produk OOH! merupakan barangan edisi terhad yang diperbuat daripada kain kapas, sutera kapas, voile kapas, organza, viskosa dan sifon yang disulam rapi dengan manik dan sulaman.

Busana Tradisional Melayu di e-Store OOH.com.my

OOH! merupakan idea tiga rakan karib Wan Puspa Melati Wan Halim, Dawn Jeremiah dan Joanne Ho-Lee.

Kata pengasas bersama Wan Puspa Melati Wan Halim, “Sebagai seorang yang sering memakai baju kurung dan membeli kain, saya tahu betapa susahnya dan mahalnya untuk mendapatkan baju ataupun kain yang disulam penuh dengan manik. Dan sebab itulah kami mengambil keputusan untuk memulakan OOH! Kami senantiasa gemarkan fesyen dan kami memilih untuk mempromosikan pakaian tradisional dengan cara yang menarik dan eksklusif. Kami ingin memberikan sedikit oomph kepada pakaian tradisional dan kami yakin bahawa barangan kami sendiri dapat memberikan gambaran tersebut.”

“Keseronokan apabila dapat membeli barangan secara online dengan nilai dan harga berpatutan merupakan keseronokan yang tidak terhingga bagi saya” tambah pengasas bersama Dawn Jeremiah. “Baju Kurung adalah sebahagian daripada budaya Malaysia dan ianya dipakai bukan sahaja oleh wanita Melayu, tetapi juga oleh wanita daripada kaum lain seperti Cina, India, Punjabi dan Serani.

Nama OOH! dipilih kerana ianya merupakan terma yang digunapakai merentas bahasa dan dialek. Saya sudah memakai baju kurung semenjak sekolah menengah lagi, ianya selesa dan mudah dipakai. Reka bentuk dan corak produk kami lain daripada yang lain – seronok dilihat dan dipakai dan penuh dengan bling!

OOH.com.my diolah untuk memberikan kemudahan dan kepercayaan kepada pelanggan. Pelbagai fungsi ditambah supaya pelanggan dapat melayari produk berdasarkan pilihan saiz, warna dan bajet.

“Kami menyediakan produk untuk wanita tidak kira umur ataupun saiz, dimana saiz yang kami bekalkan adalah daripada XS hingga ke XXL. Kelebihan kami berbanding perniagaan online yang menjual baju kurung yang lain ialah semua barangan kami adalah terhad. Sebagai contoh, jika anda gemarkan satu reka bentuk atau corak baju kurung dari OOH! reka bentuk atau corak yang serupa cuma terdapat paling banyak tiga helai bagi setiap saiz. Dengan ini, kami dapat mengurangkan kebarangkalian pelanggan kami untuk bertembung dengan individu yang memakai pakaian serupa!” Tambah pengasas bersama Joanne Ho-Lee

Produk OOH! dijual antara RM159 hingga RM 219 untuk OOH! Kurung, RM249 hingga RM269 untuk OOH! Jubah dan hingga RM249 untuk OOH! Kain. Pembelian produk OOH! boleh dibuat melalui pembelian di laman web www.OOH.com.my.

Sempena Hari Raya Haji, pelawat web yang log masuk dan mendaftar untuk OOH! online newsletter akan menerima baucar RM10 untuk pembelian pertama. Pelanggan dapat menikmati promosi baju kurung bermulai daripada harga RM119 dan juga menikmati penghantaran percuma seluruh Malaysia. Semua pembelian diberi jaminan selama 30 hari. Pemulangan barangan akan digantikan dengan pembelian barangan lain dari laman web OOH!

Ikuti kami di Facebook: www.facebook.com/OOH.com.my, Twitter: @OOHcommy dan Instagram.

Fakta Ringkas: Apa yang Membuatkan Kami Unik?

– OOH! Kurung, OOH! Jubah dan OOH! Kain disulam rapi dengan manik dan sulaman
– Jahitan manik dan sulaman produk OOH! disulam tangan secara individu
– Kuantiti dan reka bentuk OOH! adalah terhad
– OOH! mengemaskinikan produk setiap dua minggu
– OOH! memberikan pelanggan jaminan 30-hari
– OOH! memberikan penghantaran percuma seluruh Malaysia
– Pelanggan OOH! boleh menggunakan pelbagai kaedah pembayaran seperti PayPal, Maybank2u, CIMBClicks, MEPS, Visa dan MasterCard.

Untuk maklumat lanjut, sila emel [email protected]

Busana Tradisional Melayu di e-Store OOH.com.my

Busana Tradisional Melayu di e-Store OOH.com.my

Busana Tradisional Melayu di e-Store OOH.com.my

Busana Tradisional Melayu di e-Store OOH.com.my

Busana Tradisional Melayu di e-Store OOH.com.my

Busana Tradisional Melayu di e-Store OOH.com.my

Busana Tradisional Melayu di e-Store OOH.com.my

Busana Tradisional Melayu di e-Store OOH.com.my

Busana Tradisional Melayu di e-Store OOH.com.my

Busana Tradisional Melayu di e-Store OOH.com.my

Busana Tradisional Melayu di e-Store OOH.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Japan Launches International Flights to Korea

Gambar Sekitar Pusingan Separuh Akhir Ratu Jumbo 2012