in , ,

Bunga Citra Lestari Positif Covid-19 Selepas Balik Bercuti, Noah Negatif

PENYANYI dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) memaklumkan dirinya positif virus COVID-19 menerusi akaun media sosialnya pada Selasa.

Penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) mengesahkan dirinya positif Covid-19.

Perkara tersebut dikongsi sendiri BCL menerusi satu hantaran Instagramnya malam tadi yang memaklumkan bahawa keputusan ujian calitannya disahkan positif.

Ibu kepada Noah Sinclair itu bagaimanapun tidak memaklumkan punca jangkitan virus tersebut.

BCL

“Saya baru sahaja mendapat keputusan hari ini dan hasilnya positif Koronavirus.

“Kini saya dalam tempoh kuarantin kendiri dan Insya-Allah akan pulih sepenuhnya tidak lama lagi,” tulis balu Allahyarham Ashraf Sinclair itu.

Sempat menitipkan pesanan, pelakon filem Habibie & Ainun itu mahu semua pihak mengambil langkah selamat untuk kekal sihat.

“Sila jaga diri anda dan orang kesayangan. Bina sistem imunisasi dan tolong ambil perkara ini secara serius,” katanya lagi.

Beberapa minggu lalu, BCL menarik perhatian ramai menerusi gambar-gambar percutiannya di Pulau Bali. 

Dalam hantaran itu, pelantun lagu Cinta Sejati itu turut memuat naik dua gambar yang dipercayai sedang menjalani pemeriksaan di hospital.

Sementara itu, BCL memuat naik gambar bersama dua teman yang turut menjalani kuarantin kendiri pada hari kedua.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jom Tonton LAMBAIAN TIDAK KESAMPAIAN & 999 – LUBUK PENDATANG TANPA IZIN CYBERJAYA Malam Ini!

Tahniah! Lisa Surihani Selamat Melahirkan Bayi Lelaki Pada Hari Lahir Yusry