in

Budiey Peserta Program TV3 Ewah-Ewah Musim Baru

Pada 13 Oktober lalu, Budiey telah dipanggil oleh Primeworks Studios untuk menjadi salah seorang peserta program muzikal yang takde skrip berbentuk games, EWAH-EWAH. Terima kasih Irma~!

Rakaman bermula pada jam 2.30 petang di Studio ntv7 Glenmarie Shah Alam. Budiey kena jumpa dengan Kak Kelly (Penerbit Eksekutif Ewah-Ewah) di Sri Pentas dulu, kemudian kami pergi bersama-sama dengan krew produksi yang lain dengan sebuah van TV3.

Ini dia Kak Kelly dengan topi Arab

Sebelum tu, kami singgah dulu di rumah terbuka Hotel Quality Shah Alam untuk mengisi perut. Banyak betul makanan dan hidangan lazat-lazat kat sini. Tapi Budiey hanya ambik sedikit mee goreng mamak, mee sup dan ABC. Tak nak isi banyak-banyak takut tak dapat main games Ewah-Ewah nanti. Mana tahu termuntah-muntah lak nanti.

Budiey dikhabarkan oleh Kak Kelly, ada 3 jenis games yang kesemuanya memang mencabar. Kali ini, format permainan diperkemaskan untuk menjadikannya lebih menarik.

penonton yang GAMAT~!

Maklumlah, Ewah-Ewah adalah program TV yang berkonsepkan variety dan yang menariknya tidak ada skrip. Budiey percaya, penonton akan rasa santai dengan program ini, memang syiok dan lucu melihat telatah para artis dan selebriti terlibat. Untuk menyudahkan satu musim rakaman, pihak produksi terpaksa bertungkus lumus menyiapkan dua rakaman setiap hari sehinggalah 20 Oktober ini. Episod ni tak tahu lah akan siarkan bila tapi yang pastinya akan ditayangkan pada bulan Disember nanti.

Sebelum masuk games, kami disolek dulu. Hilangkan dulu minyak dan cela kat muka ni~

Grup dibahagikan mengikut 3 warna. Ada pasukan warna biru, merah dan oren. Budiey berpasukan dengan wartawan Harian Metro, Esme dalam pasukan BIRU~! Kira kami grup paling blur dan sopan sikit berbanding dengan dua kumpulan lain yang agak brutal dan ganas. Hahaha~

Pada hari itu, Budiey menjadi wakil Sensasi Selebriti untuk edisi khas wartawan. Turut sama ialah dua orang wartawan Zuan dan Azmi dari Melodi, wartawan dari Utusan dan juga Esme, wartawan daripada Harian Metro.

Zuan dan Azmi dari Melodi dari pasukan Merah

Budiey berpasangan dengan Esme, yang baru sahaja 2 bulan berada di kerusi wartawan hiburan Harian Metro. Dan kami menamakan grup kami… BIRU…Pukul Habis.

Nak tengok macamana kami buat gaya tagline kami, korang kena tonton Ewah-Ewah yang bersiaran pada setiap Isnin – Rabu pada jam 11 pagi.

Sebagaimana musim yang lalu, Ewah-Ewah masih mengekalkan pelawak Nabil Raja Lawak dan penyampai radio serta pelakon Raja Azura sebagai pengacara.

Budiey bersama pengacara Ewah-Ewah – Nabil yang nampak jambu katanya selepas disolek. Hahaha~

Raja Azura yang sempoi

+

Nabil yang kelakar giler~

Yang menariknya lagi, Ewah-Ewah diceriakan lagi dengan penari-penari profesional dan juga penonton juga memang terdiri dari remaja-remaja yang happening. Tak letih ke diorang ni bersorak dan bertepuk tangan sepanjang hari?

Setiap episod ada temanya tersendiri. Pakaian dan kostum mestilah juga ikut konsep. Budiey difahamkan, kali ini Shazlan (bekas guru tari Sehati Berdansa) bertanggungjawab menguruskan tentang kostum dan juga kareografi.

Tiba di perkarangan Studio NTV7, Budiey dan wartawan lain telah diberi penerangan ringkas oleh Kak Kelly tentang serba sedikit perjalanan program. Apa yang penting, kami kena santai je dan have fun, tak payah nak stress sebab program ini berkonsepkan ceria dan santai.

Budiey sempat luangkan masa tengok rakaman Remaja di salah sebuah studio. Kalau nak tahu, ini kali pertama Budiey sampai kat sini.

Rakaman bermula dengan memperkenalkan setiap kumpulan.

Games pertama….

Games kedua…

Games ketiga…

Semua tu korang boleh tengok lah sendiri. Kalau cakap dengan detail dan sape yang menang nanti spoiler la pulak.

Tapi yang penting kami have fun betul join Ewah-Ewah. Dan yang menang tu dapat hadiah yang lumayan berupa tiket percutian ke Bandung dan barangan produk berjenama yang lain.

Paling gamat bila sampai game yang ketiga. Kami kena tiup tepung dalam gelas untuk mengeluarkan bola ping pong. Apa lagi… jadilah kami macam ni…

Budiey dan Zuan yang telah terpalit tepung selepas games paling last~ Hahaha, lucu bila teringat gaya si Zuan ni tiup tepung sampai termasuk dalam tekak dan tak boleh bernafas. Nasib baik tak pengsan~!

Selepas rakaman ada kejutan untuk penari bernama Tiya yang menyambut hari lahirnya pada hari itu.

Jom kita gosip Azmi dengan Tiya tu sebab nampak mesra je diorang ni. Siap Azmi suapkan kek kat Tiya. Tapi Budiey rasa, Tiya ni bercinta dengan tuan koreografi, Shazlan sebab dia nak cover line. Hehe, jangan marah Lan~!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Jasmine Michael Pelakon Filem ESTET

Kuman KU2 Pelawak Bob Sakit Jantung Bengkak