in ,

Budiey Mencari 30 Pembaca ke Majlis Pratonton FILEM SENARIO THE MOVIE EPISODE 1

Hadiah Untuk Korang! Jadilah 30 orang penonton pertama Filem FILEM SENARIO THE MOVIE EPISODE 1!

Yuhuuu! Korang mahu menghadiri Majlis Pra Tonton FILEM SENARIO THE MOVIE EPISODE 1 bersama para pelakon Wahid, Lan Pet Pet dan Azli tak? Eh, bukan diorang aje, ramai lagi. Antaranya, Fauziah Nawi, Zul Huzaimi, Julia Hana, Piee, Zaibo, Illya, Ropi Cecupak, Osman Kering, Eizlan Yusoff dan Shamsul Ghau-Ghau.

Hah! Inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan adegan lawak paling gempak giler yang mencuit hati dalam filem arahan Ahmad Idham ini!

Dengan kerjasama Metrowealth Sdn Bhd, Sensasi Selebriti ingin memberikan 30 tempat duduk PERCUMA untuk pembaca dan juga penulis blog yang boleh menghadirkan diri di majlis ini yang akan diadakan pada:

Tarikh:
12 September 2008 (Jumaat)

Masa:
jam 3.00 petang

Tempat:
Tanjung Golden Village (TGV) The Mines Shopping Fair, Seri Kembangan, Selangor. 

Jamuan berbuka puasa akan disediakan untuk korang di Restoran Lemon.

Jadi, apa tunggu lagi! Ini hadiah percuma beb! Caranya ialah dengan menghantar email kepada:

selewat-lewatnya pada 10 September 2008 dengan tajuk: Ingin Menghadiri Majlis Pra Tonton FILEM SENARIO THE MOVIE EPISODE 1.

Jangan lupa untuk sertakan nama, alamat ringkas dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi. Seorang pembaca boleh membawa seorang kawan sahaja. Tiada slogan diperlukan. Anda hanya perlu menghantar email sahaja!

Siapa cepat dia dapat! 

Membabitkan bajet pembikinan dan promosi sebanyak RM1.5 juta, Senario The Movie – Episode 1 ini menjalani penggambaran di sekitar Lembah Klang, Kedah dan Perak. Lokasi dipilih bagi menghidupkan jalan cerita filem ini berkisar kehidupan realiti anggota kumpulan Senario – Azlee, Wahid dan Mazlan sebelum mereka menjadi terkenal.

Untuk pengetahuan semua, filem ini akan ditayangkan serentak seluruh Malaysia pada hari raya pertama mulai 1 Oktober 2008.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Temuramah Pelakon & Pengarah Filem Syirik

Gambar Ogy Ahmad Daud di Anugerah Skrin