in

Budiey Hanya Penulis Blog Hiburan & Cek Dari Advertlets

Antara soalan yang paling kerap ditanya oleh pembaca Sensasi Selebriti ialah, “Budiey, awak ni wartawan ke?” Jawapan saya, “Tidak, Budiey bukan wartawan. Budiey hanya penulis blog hiburan sahaja.” Skema je jawapan. Diharap dengan penjelasan ini, korang akan faham. Rasanya wartawan hiburan dan penulis blog hiburan tidak jauh bezanya. Kedua-duanya adalah media dan saluran untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat. Bezanya, penulis blog seperti saya bergerak dengan usaha sendiri dengan menghadiri acara hiburan tanpa disuruh dan dipaksa oleh ketua. Dalam situasi begini, sayalah ketua pengarang, sayalah penulisnya, sayalah fotografer, sayalah editor… dan segalanya terletak pada saya. Sekali sekala penat juga sebab saya rasa bukan senang untuk menjadi seorang penulis blog yang beigtu konsisten. Namun sokongan anda semua banyak membantu menyalakan obor semangat dalam diri Budiey. Terima kasih semua!

blog sensasi selebriti

Selain soalan itu, ramai bertanyakan pada Budiey, bagaimanakah cara saya menjana pendapatan dengan menulis blog? Jawapan saya, salah satu caranya ialah dengan cara pengiklanan iaitu meletakkan ruang iklan dalam blog mereka.

Kebanyakan blogger menjadi lebih bersemangat untuk terus menulis blog mereka setiap hari kerana beberapa faktor. Pertama, bilangan pembaca yang ramai dan bertambah setiap hari. Kedua, komen yang ditulis oleh pembaca. Ketiga, sumber pendapatan sampingan yang boleh dijana dari pengiklanan. Walau bagaimanapun, bagi Budiey faktor yang paling penting adalah kepuasan dan keikhlasan hati seseorang blogger itu. Juga penerimaan dan sokongan pembaca blog ini dapat menyuntik semangat untuk terus menjadi blogger. Mungkin suatu hari nanti, saya boleh menjadi penulis blog tetap. Siapa tahu kan?

checque adveetlets

Bercakap pasal menjana pendapatan dari blog, Budiey telah pun menerima sekeping cek dari Advertlets pada 6 September yang lalu. Jumlahnya, tidaklah sebanyak blogger popular lain yang menjangkau 4 angka. Namun, syukur kepada Tuhan atas rezeki ini.

Pada 10 September, saya dihubungi oleh Big Boss Advertlets, Mr. Josh Lim. Sekadar untuk memastikan saya sudah menerima cek atau belum. Khabarnya, hanya 2 orang blogger yang sudah menerima cek. Masih ramai yang tertunggu-tunggu cek tiba. Mohon mereka ini bersabar menunggu.  Apa yang diberitahu, cek sudah pun dihantar. Mungkin juga ketika Pos Laju (Pos Malaysia) menghantar cek tersebut, anda tidak berada di rumah atau di pejabat. Lazimnya, surat perlu ditandatangani oleh anda sebagai penerima. Untuk info lanjut sila, baca entri di Blog Advertlets. Di situ, ada diberitahu apa yang harus anda buat sekiranya cek belum sampai.

Cek diterima bersama 2 jenis sticker. Satu besar dan satu kecil serta badge button. Seperti bulan lalu, Advertlets mengadakan Contest di mana penerima cek perlu menggayakan sticker dan badge button dengan gaya paling kreatif akan mendapat RM50. Saya tidak berkesempatan untuk menggayakannya kerana saya telah memberikan sticker dan badge kepada rakan-rakan dan famili. Apa yang saya akan beli dengan wang dari Advertlets? Belanja kawan-kawan dan mungkin beli domain atau hosting baru? Atau apa kata simpan untuk Readers Together Gather lepas raya?

Akhir kata, terima kasih Advertlets. Semoga kalian semakin maju! Pasti!

advertlets

[tags]advertlets cheque, earning money, blogger entertainment malaysia, pos malaysia, pos laju, kurier pos, hsbc, maybank2u, airasia, malaysia airline system, mas, sensasi selebriti, blog kennysia, mummy seks, sex mummy, traffic, search engine optimazation, ciplak blog, copy & paste blog, kredit blog, blog credit, problogger blog, liewcf blog, jutawan blog, irfan khairi awani channel astro, syazwan zakariah astro awani, gambar wartawan melampau, media hiburan, majalah eh!, majalah hai, urs magazines, sinar harian kelantan[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Karpet Merah Anugerah Era 07

Gambar Eksklusif AE 07 & Ulasan Album Anuar Zain