in , ,

BTS Kali Ini Bergaya dengan Fesyen Retro Untuk DVD Season’s Greetings 2021

Promosi tahun baharu kembali. Siapa teruja dan sudah tidak sabar menanti DVD Season’s Greetings 2021 daripada kumpulan K-Pop popular, BTS ini? Kami! Percayalah, DVD ini adalah segalanya yang kami mahu untuk menyambut tahun baharu!

Buat kamu yang tidak tahu, BTS mula mengeluarkan kit DVD ini semenjak tahun 2014 lagi. Setiap tahun, konsepnya berbeza-beza. Dan di dalam kit DVD ini mengandungi kalendar tahun baharu serta DVD yang menunjukkan segala proses disebalik pembikinan projek tahunan mereka ini.

Walaupun agak kecoh baru-baru ini, apabila produksi Weverse termuatnaik awal secara tidak sengaja gambar-gambar eksklusif ahli BTS untuk kit DVD ini namun akhirnya gambar itu dimuatnaik semula. Bagaimana? Suka tak?

IMG_10Nov2020at125743PM

BTS tampil berkonsepkan stail retro era 60-90an untuk DVD kali ini, kamu juga boleh tonton previu video selama 2 minit yang dikeluarkan Big Hit Entertainment pada lewat tengah malam semalam.

Ada beberapa rakaman yang menunjukkan Jin sedang bermain pool, Jungkook pula berjalan di lorong-lorong sempit sambil memegang payung kuning, Suga menunjuk skil hebatnya bermain bola keranjang, V pula berlawak di dalam restoran.

Manakala, J-Hope dengan skil tariannya, RM pula di kedai jam dan akhir sekali Jimin yang tampil menggayakan tudung ala A$AP Rocky menggayakan babushka, “silk gang, silk city…” .

Saksikan video berdurasi dua minit ini, dan pastinya kamu juga tidak sabar ingin memiliki kit DVD Season’s Greetings 2021 BTS ini! Tunggu, kit ini bakal dilancarkan tidak lama lagi!

JIMIN
JIMIN
RM-1
RM
SUGA
SUGA
JIN
JIN
V
V
JUNGKOOK
JUNGKOK
J-HOPE
J-HOPE

*Sumber: Stail.MY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kasi Pecah Speaker! Cabaran Pelawak Merebut Peserta MIC ON

Cop Palsu: Pegawai Imigresen Disogok RM14.5 Juta Sehingga Mampu Hidup Kaya-Raya