in ,

Brilliant Legacy Han Hyo Ju, Lee Seung Ki

BRILLIANT LEGACY

Drama bersiri Korea di 8TV!
Premiere on Malaysian TV (Pre-Astro)
Best of the East
Brilliant Legacy
Tarikh Siaran: 12th Mei 2010 – 2 Julai 2010
Hari / Masa: Isnin hingga Jumaat, 8.30 – 9.30 malam
Dibintangi oleh: Han Hyo Ju, Lee Seung Ki, Bae Su Bin, Mun Chae Won

Slot kesukaan ramai Best of The East tampil dengan sebuah lagi drama bersiri Korea yang cukup hebat – Brilliant Legacy. Brilliant Legacy merupakan sebuah drama bersiri hebat dari Korea yang berjaya menarik lebih 30% penonton. Drama cinta penuh romantis ini mengisahkan pasangan yang dulunya saling bermusuhan akhirnya menjadi pasangan kekasih.

Kehidupan Eun Seong yang dilakonkan oleh Han Hyo Ju tidak ubah seperti Cinderella moden apabila dunia indahnya hancur setelah kehilangan keluarga dan harta. Setelah dua tahun menuntut di New York, Eun Seong dipanggil pulang semula ke Korea oleh bapanya.

Kehidupan Eun Seong berubah apabila bapanya Koh Pyeong-jung meninggal dunia. Segala harta telah diambil-alih oleh ibu tiri Eun Seong dan beliau terpaksa menjalani hidup yang agak sukar.

Koh sebenarnya sedang berusaha untuk menyelamatkan syarikat milik beliau daripada bankrap. Suatu hari, Koh telah dirompak dan segala barang miliknya telah dicuri termasuk kad pengenalan dan kad kredit milik beliau. Malangnya pencuri terbabit mati dalam suatu letupan gas. Polis telah mengenalpasti mayat pencuri itu sebagai Koh kerana kad pengenalan Koh berada di tangan pencuri itu.

Apabila Koh mengetahui hal tersebut, beliau mengambil keputusan untuk menyembunyikan diri untuk mengelak dari membayar hutang bank dan merahsiakan status beliau dari keluarga beliau sendiri.

Isteri kedua Koh pula telah mengusir Eun Seong dari rumah dan telah berpindah ke rumah baru bersama anak perempuannya Seung Mi setelah mendapat wang insurans setelah kematian Koh. Eun Seong juga kehilangan adik lelaki kesayangan bernama Eun Woo.

Eun Seong belajar untuk hidup berdikari dan cuba untuk berfikiran positif dan redha dengan segala ketentuan takdir. Setahun sudah berlalu, masih tiada khabar berita dari Eun Woo dan akhirnya Eun Seong mengambil keputusan untuk menyambung pengajian beliau di salah sebuah kolej tempatan. Eun Seong berhenti menjadi pelayan restoran dan mula menjual kuih bola untuk mengumpul duit bagi membayar yuran pengajiannya.

Sementara itu, Jang Sook Ja seorang usahawan makanan terbesar di Korea begitu kecewa dengan sikap cucunya Sun Woo Hwan yang tiada hala tuju dalam kehidupan. Suatu hari, Sook Ja pergi melawat perkampungan orang miskin dan beliau berjumpa dengan Eun Seong yang gigih menjual kuih bola. Kegigihan Eun Seong telah membuka hati nenek Hwan untuk mengambil Eun Seong sebagai cucu angkat dan meletakkan nama Eun Seong sebagai salah seorang pewaris hartanya.

Hwan begitu kecewa dengan keputusan nenek beliau dan selalu bertelagah dengan Eun Seong. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Anda harus menonton Brilliant Legacy untuk mengetahui kesudahan drama cinta penuh romantik ini!

“Brilliant Legacy merupakan sebuah drama bersiri yang ringkas tapi padat dengan mesej yang berguna. Saya pasti ramai yang boleh menyelami karakter-karakter dalam drama ini kerana ia begitu dekat dengan kehidupan seharian kita semua,” ujar Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

Jangan lupa untuk menonton drama hebat dari Korea Brilliant Legacy yang dibintangi oleh Han Hyo Ju, Lee Seung Ki, Bae Su Bin dan Mun Chae Won yang akan mengajar anda untuk lebih menghargai keluarga.

Saksikan drama cinta 40 episod ini dari Isnin hingga Jumaat, jam 8.30 malam bermula 12 Mei 2010 hanya di saluran hip 8TV. Anda juga boleh menonton siaran 8TV menerusi saluran 708 Astro. Layari laman sesawang mobile.8tv.com.my untuk menonton program-program 8TV kegemaran anda menerusi telefon bimbit.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Artis Propa Akhirnya Kantoi

The Vampire Diaries Nina Dobrev, Paul Wesley, Ian Somerhalder