in

Bocey & Friends Live Minggu Keempat Komedi SEKOLAH OH SEKOLAH

Berlatar belakangkan suasana di sekolah menengah, pentas Bocey & Friends Live pada minggu lalu diteruskan dengan sebuah persembahan komedi bertemakan ‘Sekolah Oh Sekolah’.

Bocey

Topik yang dikupas oleh dua kumpalan trio, Bocey dan Zero, adalah mengenai tindakan melulu ibu bapa menyaman guru sekolah kerana mengenakan tindakan disiplin ke atas anak mereka tanpa melakukan usul periksa terlebih dahulu. Turut menyerikan persembahan ialah pelakon wanita berpengalaman, Jasmin Hamid, yang melakonkan watak ibu kepada pelajar bermasalah.

Memasuki minggu keempat siaran langsung Bocey & Friends Live, mereka akan terus mengupas isu-isu berkaitan masyarakat dan minggu ini, persembahan komedi mereka bertemakan ‘Si Keparat Dunia Korporat’. Kali ini, rakan pelawak yang akan bersama-sama mereka ialah pelawak otai tanah air, Saiful Apek dan Ebby Yus, serta pelakon jelita Uqasha Senrose. Apakah isu pilihan Bocey pada minggu ini? Sama-sama kita saksikan.

Persembahan “Bocey & Friends Live” (Minggu Keempat) akan berlangsung pada 13 April 2018 (Jumaat), jam 10.00 malam di Studio Sound Stage Finas (Studio Sound Stage, Kompleks Studio Merdeka, Finas, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor).

Jangan lupa kita menonton sama-sama yuk!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Harris Annuar Jawab Spekulasi Karier Diurus Oleh Pengurus Popular

Sesi Pendaftaran Party Ulangtahun Budiey.com Ke 11 Tahun