in ,

BOBOIBOY: THE MOVIE Ditayangkan di Pawagam Korea Selatan

Animonsta Studios SDN. BHD. atau kini lebih dikenali sebagai MONSTA dengan bangganya ingin mengumumkan filem animasi BoBoiBoy The Movie kini ditayangkan dilebih 100 buah pawagam diseluruh Korea Selatan bermula 1 March 2017, filem pertama dari Malaysia yang berjaya menembusi pasaran negara itu, juga akan dialih bahasa kepada Bahasa Korea.

Kesemua pawagam utama seperti LOTTE, CGV dan MEGABOX akan menayangkan filem ini ke seluruh negara berkenaan.

Kita biasanya mendengar filem atau drama Korea yang dibawa masuk ke Malaysia, namun amatlah jarang sekali ataupun tidak pernah lagi didengari filem Malaysia berjaya masuk ke pasaran Korea Selatan.

Oleh itu, ini adalah sesuatu yang boleh dibanggakan oleh industry perfileman tempatan khususnya dalam sektor animasi negara. Sudah pasti ramai rakyat Malaysia akan berasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan file mini yang dihasilkan 100% di Malaysia untuk ditayangkan di Korea.

Korea menjadi negara ke 5 selepas Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Kutipan kasar untuk 4 negara ini telah mencecah lebih RM19 juta. Kami amat yakin dengan koleksi tiket di Korea nanti, mampu menjadikan filem BoBoiBoy The Movie selaku filem paling laris dalam sejarah perfileman tempatan.

Ianya juga bakal membantu penggiat seni dan karyawan dari Malaysia juga Asia Tenggara untuk menembusi pasaran disana dan meluaskan lagi pasaran filem tempatan.

Untuk maklumat terkini, anda boleh ke laman Facebook Boxoo https://www.facebook.com/boxooent/

Boxoo Entertainment adalah pengedar file mini di Korea Selatan.

Pembelian tiket terkini juga dapat dilihat menerusi laman web pawagam disana:

http://www.lottecinema.co.kr/LCHS/Contents/ticketing/ticketing.aspx

http://www.cgv.co.kr/reserve/show-times/eng/

http://www.megabox.co.kr/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dreamworks Kung Fu Panda Village Bakal Dibuka di Sunway Pyramid

Jejak Amalan Budaya Qasidah Dalam 13 Episod Seru Qasidah