in , , ,

Gambar Bob AF, Siti Sarah, Asmidar & Raja Farah di Los Angeles

BINTANG-BINTANG WORLD CHAMPIONSHIP BERAYA DI HOLLYWOOD.

World Championship of Performing Arts 2009 yang telah berlangsung di Los Angeles pada 11 Julai 2009 yang lalu, telah menjadi kebanggaan negara apabila artis-artis pelapis dari Malaysia telah membawa pulang 29 pingat emas, 16 pingat perak dan 4 pingat gangsa untuk negara dalam pelbagai kategori yang diwakili. TV1 melalui penerbitnya Azman Hashim telah menyediakan rancangan khas hari raya sempena rombongan peserta berada di rantauan itu. 

Dalam pada peserta-peserta berentap untuk memenangi hati juri, bintang-bintang kelahiran negara yang mewakili Malaysia di pertandingan ini sempat juga merakamkan nikmat dan kemeriahan berhari raya di perantauan bersama-sama dengan rakyat Malaysia di Los Angeles. Ini yang dapat disaksikan melalui rancangan World Stars Beraya di Hollywood pada 21 September 2009 bermula jam 5.00 petang melalui saluran TV2.

Suasana raya memang sangat terasa apabila sambutan yang sungguh meriah telah diadakan di kediaman Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles dengan pelbagai hidangan raya seperti ketupat, lemang, rendang dan bermacam-macam lagi biskut raya dan kuih muih yang dihidangkan. Beberapa persembahan lagu-lagu raya turut disampaikan oleh para peserta rombongan sebagai halwa telinga untuk menyuntik rasa hari raya kepada perantau-perantau di sana.

Pelbagai gelagat dan karenah yang melucukan dan pasti menghiburkan apabila melihat sekumpulan peserta ini berhari raya di perantauan serta jauh dari keluarga dan sanak saudara.

Dalam pertandingan berprestij itu, antara artis-artis yang mewakili Malaysia dalam kategori vokal ialah Yusrizan Yusop (Bob AF), Siti Sarah, Asmidar dan Raja Farah, kategori tari pula diwakili oleh  Kumpulan Artistana dari Istana Budaya, manakala dalam kategori peragaan Ramsher, Vincent. Dilla dan Siti Nurizana mewakili negara.

Putri Mardiana adalah satu-satunya peserta yang mewakili Malaysia dalam kategori lakonan namun tidak menghampakan negara dengan membawa pulang pingat emas dan perak. Selain itu, Jerry Kamit, Johari, Wilbert, Mohd Fadzli dan Osaini  pula adalah peserta yang mewakili kategori etnik.

Jangan lupa untuk sama-sama merasai kemeriahan dan keseronokan berhari raya di perantauan dengan menyaksikan rancangan menarik khas hari raya ini hanya di saluran Dunia Ria.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelawak Ahmad Busu Kena Serangan Strok

Hamper Raya dan Kad Ucapan Aidilfitri dari Suria FM