in , ,

Apa Yang Black Cari dari Peserta Mentor Milenia 2017

Selepas Tomok, giliran Black pula untuk mencari anak didiknya. Hasil daripada sesi uji bakat yang berlangsung pada 24 & 25 Disember 2016 di Sri Pentas, Black berjaya menyenaraikan tiga peserta terbaik pilihannya untuk berentap di pentas Mentor Milenia 2017 nanti.

Lebih daripada 200 orang peserta telah hadir ke sesi uji bakat yang dikendalikan oleh Black untuk membuktikan kemampuan mereka. Kali kedua diberikan tanggungjawab untuk menggalas tugas sebagai mentor, Black lebih tegas dan teliti dalam pemilihan anak didiknya.

Black mahukan cabaran sengit untuk Mentor Milenia 2017

Black Mahukan Cabaran Sengit

Menurut Black, beliau berpuas hati dengan peserta-peserta yang berjaya dipilih daripada sesi uji bakat tersebut.

“Saya mencari protégé yang mempunyai kebolehan untuk menyampaikan pelbagai genre lagu. Namun, masih terdapat peserta yang belum bersedia sepenuhnya. Mereka tidak dapat menyampaikan lagu yang saya berikan dengan baik. Kebanyakan memilih lagu yang tidak mencabar vokal untuk sesi uji bakat ini.”

“Bakal protégé saya haruslah berupaya untuk mencuri hati orang ramai dengan membuat persembahan di luar jangkaan. Contohnya, mereka boleh cuba untuk menyanyikan lagu-lagu yang mencabar vokal dan penuh dengan emosi seperti lagu-lagu yang disampaikan oleh Search, Wings, Ziana Zain dan banyak lagi.”

Selain itu, Black juga mengulas bahawa dia akan cuba dengan sedaya-upaya untuk mengetengahkan kebolehan bakal anak didiknya dalam industri nyanyian, sekiranya mereka menepati segala kriteria yang dicari.

Black juga ingin mencabar diri sendiri untuk bersaing dengan mentor-mentor lain agar dapat melahirkan seorang bintang yang mengagumkan melalui program realiti ini. “Saya mengharapkan cabaran yang lebih besar untuk Mentor Milenia 2017. Saya melihat mentor-mentor lain seperti Tomok, Akim dan Hazama menjadi pencabar saya untuk memberi persaingan yang sengit supaya kami boleh menjana lebih banyak idea dan taktik untuk persembahan yang hebat,” tambah Black lagi.




Protege yang layak memasuki gelanggang Mentor Milenia seharusnya memiliki kriteria yang dicari iaitu berusia antara 17 – 21 tahun, warganegara Malaysia yang memiliki bakat menyanyi berserta vokal mantap dan mempunyai pakej lengkap, berjaya memikat tumpuan Mentor yang menjadi pilihan mereka, menyanyi secara solo, tidak terikat dengan sebarang kontrak dan boleh memberikan sepenuh komitmen terhadap program Mentor Milenia. Peserta yang menghadiri uji bakat mesti membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport atau 3R dan membawa minus one lagu-lagu yang bakal mereka persembahkan untuk penilaian Mentor pilihan mereka.

Bagi para peserta yang berminat untuk menjadi protégé kepada penyanyi idola masing-masing, bolehlah menghadiri ke sesi uji bakat kendalian Akim dan Hazama seperti berikut:

Tarikh Mentor Lokasi
31 Disember 2016 & 1 Januari 2017 Akim Theatrette,

Sri Pentas, Bandar Utama

Mentor Milenia bakal menemui penonton TV3 bermula 5 Februari 2017 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.00 malam dan Jurnal Mentor Milenia yang bakal bersiaran pada 12 Februari 2017, setiap Ahad, pukul 6.00 petang.

Lebih menarik lagi, mereka yang berminat untuk menyertai sesi ujibakat juga boleh memuat naikkan rakaman video nyanyian di laman sosial Instagram dengan menggunakan hashtag #Mentor serta #MentorMilenia. Sebagai contoh, #MentorAkim #MentorMilenia atau #MentorTomok #MentorMilenia. Peserta yang berjaya menambat hati mentor pilihan akan menerima mesej peribadi layak hadir ke sesi ujibakat yang seterusnya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/mentormilenia dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia dan gunakan hashtag #MentorMilenia untuk menghangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman media sosial. Penonton yang terlepas menyaksikan program ini juga boleh menontonnya melalui laman sesawang tonton di www.tonton.com.my.

Sesi uji bakat Mentor Milenia 2017 - Mentor Black

Salah satu peserta wanita yang telah menghadiri sesi uji bakat Mentor Milenia 2017 minggu lalu

Salah satu peserta wanita yang berjaya ke peringkat seterusnya

Azmeer selaku penasihat dan Black

Antara peserta lelaki yang berjaya mara ke peringkat seterusnya

Anak-anak muda yang telah mendaftarkan diri mereka untuk menunjukkan bakat mereka

A45V4352

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem ELOISE

Jessie Chung’s Album Certified Platinum