in

Black Mentor Pasang Anganan Drama King & Sofea Jane Menang AJL25

Lepas ni Black bolehlah pakai singlet ke atau baju tanpa lengan. Dengar kata, Black sekarang ni dah kuat bersenam untuk menimbulkan otot-otot sasa di badannya. Elok jugak tu, bukan sahaja untuk performance yang mantap, tapi untuk stamina masa buat show. Barulah maskulin dan macho.

Teringat pula Budiey dengan Awie, rockers vokalis dari kumpulan Wings yang bina badan. Sanggup ambil protein dan suplimen untuk bina otot-otot di badan. Tapi kalau tak kena cara, bukan otot yang timbul tapi lemak pulak yang ada. Bahaya juga kalau buat tak kena dengan cara.

Yang pasti, bagi Black juara Mentor ni, lepas ni orang tak boleh perli badannya yang kurus kering. Selain main angkat berat, Black juga kerap ke padang bola untuk main bola bersama kawan-kawan di masa lapang.

Budiey nak ucapkan tahniah buat Black kerana kedua-dua lagu nyanyiannya, Sofea Jane dan Drama King berjaya tersenarai dan ada peluang ke Anugerah Juara Lagu 25. Black pun tak sangka kedua-dua lagunya terpilih. Black ingat ke lagu Drama King yang terpilih. Bila dah Sofea Jane juga terpilih ini, bermakna ini satu bonus untuk dirinya. Tapi beliau anggap ini semua adalah rezeki dari Tuhan.

Good luck buat Black. Buat yang terbaik nanti!

Black

Black

Black

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Adira Selepas Muzik Muzik Separuh Akhir 2010

The Kennedy Assassination 24 Hours After