in , ,

Black Hanifah Muncul dengan Single Terbaharu Berjudul SABAR

Setelah sekian lama tidak muncul dengan lagu ‘makanannya’, penyanyi yang. dilahirkan dari program realiti Mentor, Hanifah Md Hanifah, 32, atau lebih dikenali sebagai Black Hanifah bakal melancarkan single terbaharunya berjudul ‘Sabar’ pada hari ini, Jumaat 24 Julai 2020. Tahniah Black!

Hampir beberapa tahun ‘kering’ dengan lagu baharu, kini penyanyi Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah, 33, tampil dengan single terbaharu berjudul Sabar. Lagu Sabar yang merupakan ciptaan sepenuhnya daripada Black telah dihasilkan sejak empat tahun lalu dan ia diinspirasikan daripada kisah hidup penyanyi itu sendiri. 

black-topi

Kejayaan yang dikecapi Black selepas menjuarai pertandingan Mentor musim ketiga termasuk dalam beberapa siri Anugerah Juara Lagu meletakkan dia di kelas tersendiri.

Bagilah apa saja jenis lagu, Black tidak pernah gagal mencuri perhatian peminat muzik. Malah, pujian wajar diberikan atas setiap usaha dan peningkatan ditunjukkan dalam kerjaya nyanyian beliau.

“Lagu ini 100 peratus hasil ciptaan saya. Sepanjang 12 tahun dalam industri, saya curahkan semua perasaan dalam lagu ini yang mana sudah disimpan selama empat tahun. 

“Alasannya, ketika itu saya tidak yakin dengan diri untuk menghasilkan lagu sendiri. Namun, sepanjang tempoh itu saya ada memperdengarkan lagu ini kepada rakan penyanyi lain. Maklumbalas diberikan, mereka cakap kenapa saya tidak rakamkan lagu ini.

“Apabila lagu ini siap sepenuhnya dan dengar semula, mereka siap boleh hafal lagi. Itu menambahkan lagi keyakinan saya untuk mengeluarkan lagu ini. Malah, rakan bukan dalam industri pun suka dan jatuh cinta dengan lagu ini,”

– Black

Alasannya, tambah Black, ketika itu beliau tidak yakin dengan dirinya untuk menghasilkan lagu sendiri waima sepanjang tempoh itu beliau sempat memperdengarkan lagu berkenaan kepada rakan penyanyi lain sahaja. 

black-sabar

Menurut Black, Sabar mengisahkan bagaimana seseorang bersabar dengan kehidupan dilalui samada kesabaran itu beroleh kegembiraan atau sebaliknya.

“Sewaktu menulis lagu ini diakui saya dalam keadaan tertekan dengan kehidupan sendiri. Jadi, mesej yang ingin disampaikan adalah sabar.

“Boleh jadi, sabar itu satu penantian dan permulaan dalam kehidupan. Mungkin ada yang bersabar hingga hujungnya peroleh kebaikan. Begitu juga sebaliknya.

“Sabar ini juga boleh dikaitkan dalam perhubungan percintaan, persahabatan, kekeluargaan dan apa saja. Kiranya, siapa yang mendengar lagu ini boleh dikaitkan dengan diri masing-masing,”

– Black

Menurut Black sebaik sahaja. lagu tersebut siap sepenuhnya kemudian, ramai kawan penyanyi yang mendengarnya siap boleh menghafal lagi dan itulah yang menyebabkan beliau  yakin untuk mengeluarkannya sekarang kepada peminat.

black-hanifah

Lagu ‘Sabar’ mengisahkan bagaimana seseorang bersabar dengan kehidupan dilalui sama ada kesabaran itu beroleh kegembiraan atau sebaliknya.

Ulasnya, sabar juga boleh dikaitkan dalam perhubungan percintaan, persahabatan, kekeluargaan dan apa saja. Kiranya, sesiapa yang mendengar lagu berkenaan boleh mengkaitkannya dengan diri masing-masing.

Single Sabar terbitan dan edaran Nova Music Malaysia dilancarkan di semua platform digital muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox dan Deezer bermula hari ini. Muzik video Sabar juga sudah boleh ditonton menerusi saluran Youtube Nova Music.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dream Cruises Launches Flexi-Feast Dining Concept at Sea

Inteam Mendaki Tangga Trending Kini Dengan WANITA