in

Bionic Woman Lakonan Lindsay Wagner Di Star World

Bionic Woman, siri sains fiksyen lakonan Lindsay Wagner yang hasil karyanya pernah popular di era 70-an kini diberi suntikan baru dengan pelakon utamanya Michell Ryan kini memiliki kuasa luar biasa daripada siri asal. Bagi penonton yang pernah menyaksikan Bionic Women yang pernah menarik lebih 13.9 juta penonton, mereka bakal menyaksikan siri eksklusif pada 20 Februari ini jam 10 malam melalui Star World di Astro saluran 711.

Bionic Woman mengisahkan seorang penyedia minuman di sebuah bar yang menggalas tanggungjawab sebagai ibu kepada adik perempuannya, Jaime Sommers lakonan Michelle Ryan tidak menyangka kehidupannya kini menjadi semakin mencabar. Segala-galanya berubah apabila dia terbabit dalam satu kemalangan yang hampir meragut nyawanya.

Satu-satunya harapan terakhir adalah menjalani satu pembedahan rahsia. Bahagian tubuh yang rosak digantikan dengan implan ‘cybernatic’ berkuasa tinggi yang memberikan Jaime kelebihan luar biasa dari segi kekuatannya sebagai seorang manusia. Namun ia bukanlah percuma kerana harga perlu dibayar. Dengan hutang tergalas di bahu, Jaime diserap ke jabatan kerajaan dan dilantik sebagai ejen rahsia. Jamie diajar cara mengaplikasikan kuasa dan menyerlahkan identiti barunya.

Situasi ini menyulitkan lagi keadaan dan Jaime harus berdepan dengan Sarah Corvus lakonan Kate Sachoff wanita robot pertama yang memberontak untuk pembalasan. Siri baru yang dilengkapi visual ala wayang ini menjanjikan kepuasan kepada penggemar siri lama Bionic Woman seterusnya memikat hati generasi baru.

Pelakonnya Michelle Ryan 23, berkata, karakter Jaime Sommers yang dibawanya terlalu mencabar namun berharap penonton memahami karakter wanita muda yang berfikiran positif dibawanya.

Bionic Woman pernah mendapat rating tertinggi di kalangan penonton berusia 18 hingga 49 tahun sejak 1999. Ia juga menarik paling ramai penonton melebihi siri lain bagi musim 2007 dan 2008.

[tags]bionic woman, wanita kuat, wanita besi malaysia, Lindsay Wagner, pic nude lindsay, lohan, 24 spoiler, magazines, e-book, sarah corvus, cybernatic, michelle ryan[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Album Baru Ressa Herlambang Cinta Yang Ku Cari

About Ah Long Pte Ltd Movie Fann Wong & Mark Lee